“Takkan nk jd tukang sengih dpn kamera saja”- Netizen tegur PU Riz tak didik isteri asyik lnggar SOP

Semakin hari k3s C0v1d19 semakin menunjukkan peningkatan yang ketara menyebabkan rakyat mulai bimbang. Tambahan pula musim perayaan aidilfitri yang semakin hampir dan ura-ura beberapa negeri bakal di ubah status kembali menjadi PKP menyebabkan emosi orang ramai kian terganggu. Bukan sahaja tidak boleh pulang beraya bersama keluarga bahkan buat peniaga kecil mereka tidak lagi boleh mencari rezeki.

Isu ini kian hangat apabila beberapa peniaga kecil telah dikenakan kompaun yang besar berjumlah RM50 ribu ringgit kerana di katakan ingkar arahan dan melnggar SOP yang ditetapkan. Bagaimanapun isu tersebut menjadi lebih runcing apabila orang ramai membandingkan kompaun yang diterima selebriti Neelofa kerana melnggar SOP di majlis pernikahan beliau kerana dikenakan kompaun hanya sebanyak RM60 ribu sekeluarga.

Neelofa sebelum ini telah membuat permohonan maaf di atas kekhilafan beliau dan berkata beliau sepatutnya menunjukkan contoh yang lebih baik kepada masyarakat.

Isu mengenai Neelofa melnggar SOP turut melibatkan salah guna kebenaran merentas negeri apabila netizen mengesyaki selebriti berkenaan mengambil kesempatan untuk berbulan madu.

Baru sahaja reda isu kompaun yang diterima Neelofa kini tular pula video dan beberapa keping gambar beliau membeli karpet di Nilai 3.

Netizen mengesyaki selebriti berkenaan sekali lagi mengambil kesempatan untuk merentas negeri bagi kegunaan peribadi. Neelofa juga dilihat memuatnaik gambar beliau bersama PU Riz di kedai karpet tersebut.

Isu berkenaan sekali lagi mengundang rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai kerana selebriti berkenaan seakan tidak mengambil pengajaran terhadap isu yang berlaku sebelum ini.

Mereka juga mempersoalkan PU Riz kerana tidak mendidik isterinya sebagai seorang suami. Berikut dikongsikan luahan dari seorang individu.

Perkongsian daripada individu tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada para netizen. Netizen membuat pelbagai telahan mengenai pasangan berkenaan. Berikut dikongsikan komen-komen yang ditinggalkan netizen.

Hampir sebulan bergelar pasangan suami isteri, pelbagai dugaan telah di hadapi oleh pasangan sensasi Neeloafa dan PU Riz.

Benarlah tidak mudah menjadi suami kepada Neelofa iaitu seseorang yang begitu dikenali ramai kerana amanah dan tanggungjawab yang perlu di pikul begitu besar dek kerana membawa nama pasangannya bersama dalam apa jua tindakan dan keputusan yang melibatkan mereka.

Sumber: twitter nizam bakeri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!