“Happy anniversary Mommy, nanti daddy balik kita celebrate ok” – Fattah Amin

Siapa yang tidak mengenali pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura. Pasangan yang bertemu jodoh di set penggambaran drama Hero Seorang Cinderella ini amat di sayangi oleh para peminat mereka sehingga wujudnya akaun yang di ciptakan khas oleh para peminat buat mereka berdua dan para peminat juga mencipta tanda pagar FattZura.

Drama berkenaan menjadi fenomena ketika itu apatah lagi apabila hubungan mereka berdua juga telah sampai ke jinjang pelamin dan menjadi kenyataan.

Keserasian yang tercipta antara mereka berdua ketika berlakon bersama akhirnya telah menjadi realiti dan berakhir sebagai pasangan suami isteri.

Pernikahan mereka berdua juga kini di serikan lagi dengan kehadiran cahaya mata sulung Nur Fatima Aisya yang kini berusia 2 tahun dan sangat petah bercakap.

Tanggal 27 November merupakan tarikh istimewa buat pasangan pelakon Nur Fazura dan Fattah Amin kerana pada tarikh ini mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah sebagai suami isteri.

Mengambil kesempatan memanfaatkan platform media sosial, Fazura menerusi hantaran terkini telah memuatnaik beberapa gambar Fattah dan Fatima serta di iringi dengan ucapan dan doa sebagai penghargaan buat pasangannya sempena sambutan ulang tahun perkahwinan ke lima mereka berdua.

Sehingga kini hantaran berkenaan telah menerima hampir 84265 tanda suka dan 723 komen daripada para peminat dan rakan artis.

Fazura juga mengucapkan terima kasih di atas ingatan dan doa para peminat buat beliau dan Fattah yang sentiasa memberikan sokongan buat mereka berdua sejak dahulu.

Menjengah keruangan komen, rakan- rakan artis dan para peminat membanjiri hantaran berkenaan dengan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan dan mendoakan agar perkahwinan pasangan tersebut juga berkekalan.

Buat para peminat yang mengikuti perjalanan pasangan ini, mereka berkata tidak menyangka bahawa penikahan pasangan ini telahpun mencecah 5 tahun kerana merasakan seperti baharu sahaja menonton drama Hero Seorang Cinderella. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Drama Hero Seorang merupakan drama yang menyatukan mereka berdua dan menerbitkan bibit- bibit cinta antara mereka berdua. Pejam celik sekejap je dah 5 tahun mereka berdua berkahwin.

Sekarang Mommy dan Daddy Fatima ada plan nak bagi adik kat Fatima. Semoga urusan mereka berdua di permudahkan. Fatima pun dah bijak pandai boleh jaga adik dengan baik nanti. Sweet sangat Fattah dah bagi hadiah ulang tahun perkahwinan awal- awal kat Fazura.

Sumber : ig missfazura

Artikel ini di sediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!