“Comel sungguh lah, yang ni berkenan kalau Shuib pilih”- Netizen

Hubungan baik Wan Sharmila dengan anak-anak Shuib sering menjadi perhatian ramai netizen di laman sosial media. Empat cahaya mata milik Shuib antara si cilik yang popular dengan gelagat lucu mereka. Sharmila antara individu yang rapat dengan Uwais, Talita dan Mat1n. Nampak jelas keakraban mereka seperti keluarga bahagia.

Jika melihat pada sosial media Sharmila, beliau antara selebriti yang bekerjasama dengan produk perniagaan milik allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Maka bermula daripada itu, Sharmila dilihat sentiasa berkerjasama dengan Shuib dan sering berjumpa dengan anak-anak Shuib.

Rata-rata netizen akui, suka melihat Sharmila bekerjasama dengan Shuib dalam menjayakan produk perniagaan arw4h Siti Sarah.

Menerusi video terbaru oleh Sharmila di Instagram, beliau berkongsi video bersama salah seorang team Loveta dan Uwais iaitu anak sulung Shuib.

Mereka sempat merakam dan berkongsi video sebagai hiburan di Instagram dan ramai netizen cukup suka melihat Sharmila rapat bersama anak Shuib, Uwais.

Shuib pun nampak mesra je dengan Sharmila. Nampak macam serasi je mereka berdua.

Dalam pada itu, video dikongsi Sharmila telah menerima 127,000 tontonan dan komen positif daripada netizen.

Netizen akui suka melihat Sharmila yang semakin cantik dan awet muda. Nampak macam remaja je Sharmila.

Mesranya tengok Uwais dengan Sharmila. Nampak macam ibu dengan anak. Sharmila pun layan aje budak-budak hehe..

Sumber: Instagram lala.wansharmila

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!