“Cantik sangat, muka ikut daddy dia” – Netizen

Setelah genap setahun mendirikan rumah tangga, kehidupan di alam rumah tangga buat pasangan bahagia Harris Alif dan isterinya Intan Ladyana kini di serikan lagi dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka yang di lahirkan pada 31 Januari yang lalu. Pasangan berkenaan mengumumkan kelahiran anak pertama mereka itu menerusi Instagram masing- masing. Kongsi pasangan itu lagi, anak sulung mereka itu merupakan seorang bayi perempuan.

Harris memaklumkan menerusi perkongsian di Instagram itu lagi, puteri sulungnya itu telahpun lahir tepat pada jam 11.40 malam. Harris juga mengucapkan terima kasih di atas doa dan ucapan tahniah daripada rakan- rakan selebriti serta para peminat di atas kelahiran cahaya mata sulung beliau itu.

Menerusi perkongsian sebelum ini, Harris sempat mengambil dan memuat naik sebuah foto bersama isterinya sebelum bersalin.

Penyanyi lagu Anugerah itu juga sempat menitipkan doa buat isteri tercinta agar dipermudahkan segala urusan isterinya bagi menyambut kelahiran bayi pertama mereka.

Namun begitu, Harris bagaimanapun masih tidak berkongsi wajah cahaya mata sulungnya kepada orang ramai.

Mengambil keberkatan sempena bulan Ramadhan yang mulia, pasangan berkenaan akhirnya telahpun sepakat untuk mendedahkan wajah anak sulung mereka berdua buat tatapan para peminat menerusi muatnaik terkini di Instagram masing- masing beberapa jam yang lalu.

Menerusi perkongsian berkenaan, Harris berkata gambar tersebut merupakan gambar pertama yang di rakamkan oleh mereka sebagai satu keluarga.

Gambar yang memaparkan beliau, Intan dan juga anak sulung perempuan pasangan itu turut mendedahkan nama anak sulung perempuan mereka itu.

Sehingga kini perkongsian gambar tersebut telah meraih hampir 50,000 tanda suka daripada para netizen.  Tulis Harris lagi di ruangan caption, anak sulungnya itu di beri nama Evie Khadeeja.

Terdahulu, Harris memilih untuk tidak mengiyakan atau menidakkan khabar angin tentang kehamilan Intan. Desas desus mengenai kehamilan isteri kepada Harris Alif itu menjadi perbualan ramai ketika itu setelah sebuah video yang memperlihatkan keadaan perut Intan yang sedikit “buncit” di dalam sebuah video.

Intan kemudiannya di lihat telah menutup bahagian perutnya dengan bantal. Walaubagaimanapun ketika persoalan mengenai kehamilan isterinya itu di ajukan kepada Harris, pengacara berkenaan tenang menjawab bahawa beliau akan kongsikan berita tersebut apabila tiba waktu yang sesuai.

Bagaimanapun Harris seolah mengesahkan berita kehamilan isterinya itu apabila berkongsi satu video yang memaparkan beliau memohon Ustaz Ebit mendoakan isteri beliau.

Perkongsian video di instagram Harris memaparkan Ustaz Ebit mendoakan kandungan Intan mencuri tumpuan netizen.

Harris ketika itu sedang mengikuti program keagamaan anjuran pendakwah popular tersebut dan mengambil kesempatan meminta Ustaz Ebit mendoakan kesejahteraan buat isterinya Intan.

Di dalam doa yang di bacakan oleh Ustaz Ebit itu, di samping menitipkan kata- kata agar kebahagiaan rumah tangga pasangan berkenaan berkekalan sehingga akhir hayat.

Menariknya Ustaz Ebit juga turut mendoakan agar kandungan Intan di lindungi oleh Allah dan pasangan itu juga bakal dikurniakan zuriat yang soleh serta solehah.

Doa yang di bacakan oleh Ustaz Ebitkan itu secara tak langsung telah menjawab teka-teki para netizen selama ini mengenai berita kehamilan isteri Harris itu atau nama sebenar beliau Intan Nurladyana Mohamat Yahaya.

Namun begitu, pasangan ini kemudiannya telah membuat pengumuman secara rasmi mengenai kehamilan Intan menerusi rancangan Melodi.

Sekitar bulan Disember tahun lalu, berita Intan Ladyana yang telah di jangkiti Covid-19 sewaktu sedang sarat mengandung selama 8 bulan amat mengejutkan orang ramai.

Berita sedih mengenai Intan yang di jangkiti wabak berbahaya itu sangat merisaukan para peminat. Ramai yang mendoakan kesembuhan Intan dan mengharapkan supaya pelakon Adnan Sempit dan Bini- bini ku G4ngster itu kembali sembuh dan sihat seperti sediakala.

Menjengah keruangan komen, ramai rakan artis dan juga netizen yang mengucapkan tahniah dan memuji wajah anak perempuan pasangan ini yang kelihatan sangat comel.

Malahan rata- rata antara mereka juga berkata bahawa wajah anak sulung pasangan ini sangat mirip dengan wajah Harris.

Al- maklum, anak perempuan bapa la katakan. Berikut di kongsikan komen- komen lain yang di tulis netizen buat puteri sulung kesayangan pasangan ini.

Pasangan Intan Ladyana dan Harris Aliff sebelum ini mencuri perhatian netizen kerana kisah percintaan antara mereka berdua yang hangat diperkatakan ekoran perbezaan usia yang begitu ketara iaitu 17 tahun.

Walaubagaimanapun pasangan tersebut akhirnya menamatkan hubungan percintaan mereka apabila sah bergelar pasangan suami isteri pada 5 Februari 2021 setelah setahun mengenal hati budi secara serius.

Agak lama juga pasangan ini ambil masa untuk mendedahkan wajah anak sulung mereka ini buat tatapan orang ramai.

Namun akhirnya di bulan yang mulia ini, para peminat akhirnya boleh tersenyum kerana dapat melihat wajah anak sulung kesayangan pasangan ini.

Semoga anak pasangan ini membesar menjadi anak yang solehah dan berbakti buat kedua orang tuanya. Cantik sangat raut wajah Evie Khadeeja ni seperti mana kedua ibu bapanya yang jelita dan segak.

Sumber : Instagram harris alif

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!