“Wow Aaisyah, kalah mommy Che Ta posing”- Netizen

Anak-anak kecil buatlah apa pun pasti akan tampak comel sekali, apatah lagi jika memang helok dan pandai bergaya. Lihat sahaj4lah hantaran pelakon anggun jelita ini, segak sungguh mereka seisi keluarga bak kata orang Utara. Bukan setakat Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta tampil cantik menawan, bahkan si kecilnya, Aaisyah Dhia Rana tak kurang juga bergayanya. Kata orang, mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi kan.. memang sungguh saling tak tumpah la ni… Pandai ya amat berposing apatah lagi di hadapan lensa kamera.

Baru berusia tujuh tahun, penampilan Aaisyah yang sangat in character di depan lensa memang agak memukau dengan lagak dan impresi wajahnya persis seorang model. Huh… Memang anak Che Ta sungguh. Lihatlah cara dia memandang dan duduk tu…

Dengan kaki bersilang dan melihat ke arah kamera jelas sekali kelihatan air muka dari darah campuran omputih bapanya yang juga pelakon, Zain Saidin, manakala raut air muka jelas mengikut ibunya, Che Ta. Kecomelan anak gadis kecil ini tak kurang memukau.

Sekeluarga sedondon memakai pakaian berwarna putih, penampilan mereka apatah lagi si kecil Aaisyah, menggamit mata netizen yang merenung. Bakal pengganti ’empayar’ Che Ta ni…

“Budak depan tu…eiii lawa betol kau”, “Diva kecik kat depan tu kemainnnn yeee. Hahaha. Selamat menjalani ibadah Ramadan”, “Princess sgt hat depan tu. Selamat berpuasa”, “Amboi Ecah kemain”, “Cantiknya Aisyah, aunty ingat pakai heel 5 inci tadi. Panjattt kita”, itu antara komen netizen.

Posing Aaisyah tu memang ramai betul aunty-aunty yang geram ya… Apa pun seperti perkongsian Che Ta sebelum ini, kesukaan Aaisyah pun bukan biasa-biasa. Kalau budak lain gemarkan barang mainan, Aaisyah dikatakan ‘tak heran’ dengan mainan sebaliknya lebih sukakan barang kemas.

Kesukaan Aaisyah pun dah macam wanita dewasa ya… Pernah juga Che Ta berkongsi di media ‘puterinya’ yang mempunyai ramai pengikut di laman sosial itu juga minat giler dengan dunia fesyen. Aaisyah boleh mengecam jenama produk mewah seperti tas tangan.

Difahamkan, sebut saja Chanel, Birkin, Prada atau Louis Vuitton (LV), memang Aaisyah boleh mengagak serta meneka jenama terbabit. Huh.. hebat bukan? Bukan kaleng-kaleng minat Aaisyah ni..

Kalau tengok lagaknya dah macam gadis matang dengan kecenderungan bersolek dan memakai gaun pulak. Suka betul dengan pakaian wanita dewasa, tas tangan, alat solek dan kasut – saling tak tumpah macam ibunya, Che Ta.

Pada 1 November 2014, Che Ta selamat melahirkan Aisyah kira-kira pukul 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri, Ampang, seberat 2.8 kilogram secara normal. Detik manis kehamilan dan menyambut kelahiran anak sulung Zain, dan anak ketiga Che Ta itu dirakam untuk siaran istimewa sebuah program TV.

Sumber: IG Che Ta & Aaisyah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!