“Ori lg power, jenuh saya nk lip sync suara”- Mira Filzah

Hari ini, sudah bermulanya bulan ramadan bulan yang mulia buat umat Islam. Bulan Ramadan satu-satunya bulan di mana umat islam mengerjakan ibadah puasa di siang hari. Tidak dinafikan, bulan mulia ini antara yang dinanti-nantikan oleh semua umat islam lebih-lebih lagi apabila bazar ramadan sudah boleh dikunjungi. Nampaknya bulan puasa tahun ini pasti meriah selepas dua tahun kita berkurung di rumah gara-gara cvd.

Bila tibanya bulan puasa, sudah tentu kita perlu menahan dahaga dan lapar di siang hari. Menunggu setiap detik waktu sebelum berbuka, betul-betul mencabar kan..

Jika anda masih ingat lagi, sebuah video pendek lakonan Sherry pernah tular dahulu ketika di bulan ramadan. Video tersebut berjaya menghiburkan ramai netizen dengan gelagat lucu Sherry.

Gelagat Sherry dalam video berkenaan yang ‘tidak sabar’ menunggu waktu berbuka antara video parodi yang popular yang menjadi ikutan ramai.

Tidak terkecuali, Mira Filzah pun turut membuat video parodi daripada video asal Sherry itu. Gandingan Mira dan Uyaina dalam video tersebut telah menarik perhatian Sherry sendiri.

Bahkan Sherry turut memuatnaik semula video parodi berkenaan di laman Instagramnya. Video tersebut asalnya hanya sekadar content sahaja bagi sebuah produk tudung berjenama terkenal.

Ujar Mira, video asal yang dilakonkan Sherry lebih power dan agak mencabar buat Mira untuk mengikut gerak geri suara Sherry berkenaan. Walau apa pun, video parodi milik Mira pun berjaya memikat hati netizen.

Bagi sesiapa yang pernah melihat video Sherry yang viral itu, pasti teringat video tersebut lebih-lebih lagi ketika bulan puasa.

Video parodi Mira dan Uyaina itu telah menerima 297,000 tontonan dan 270 komen daripada netizen serta rakan-rakan artis.

Nampak baby bump Mira dah besar dah sekarang, tengok Mira kuat semangat betul dalam video parodi itu walaupun dah nampak sarat mengandung. Apa-apa pun, Memang lawak betul tengok video parodi Mira dengan Uyaina.

Sumber: Instagram sherry_alhadad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!