“Isteri saya ni tak suka brg kemas, satu pun xnak pakai” – Dato Aliff Syukri

Setiap wanita sudah tentu sukakan perhiasan barang kemas. Lebih-lebih lagi apabila ada di antara kita yang suka mengumpul barang kemas sehingga mencecah puluhan ribu ringgit. Bagi mereka ia bukanlah sesuatu yang merugikan kerana emas antara pelaburan yang menguntungkan. Ada juga yang suka berhias dengan banyak koleksi perhiasan emas mereka yang dibeli antaranya gelang tangan dan cincin.

Namun berbeza pula buat isteri kepada dato aliff syukri iaitu Datin Shahidah, beliau kurang gemar dengan perhiasan emas. Meskipun Shahidah mampu membelinya, beliau akui kurang gemar memakainya.

Lihatlah setiap posting gambar dan video Shahida, tiada perhiasan emas yang dipakai olehnya. Beliau kelihatan lebih rendah diri dan lebih selesa apabila tidak memakai emas.

Sehinggakan Aliff Syukri ‘membebel’ kerana isteri kesayangannya tidak mahu memakai perhiasan emas. Dan ada kalanya Shahida pernah dipaksa suaminya agar memakai emas. Betul-betul merendah diri Shahidah ini..

Baru-baru ini, Aliff Syukri berkongsi video menunjukkan selebriti Ifa Raziah dan usahawan Liana Rosli yang digelar Kak KM menunjukkan perhiasan emas yang berharga. Mewah ya perhiasan emas milik Ifa Raziah dan Kak KM. Kata mereka, mencecah ratusan ribu hehe..

https://www.instagram.com/p/Cb4oofLgxIP/?

Shahida bersama-sama dengan Ifa Raziah dan Kak KM menerusi video tersebut. Reaksi wajah shahida kelihatan terkejut selepas mendengar ‘harga’ perhiasan emas milik Ifa dan Kak KM.

Shahida tetap maintain rendah diri meskipun beliau sebenarnya mampu untuk membeli barang kemas. Sampai suaminya juga berhasrat ingin melihat shahida bergaya dengan perhiasan mewah.

Sementara itu, rata-rata netizen suka melihat sikap Shahida yang suka merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk. Sikap sebeginilah yang perlu kita contohi. Walaupun kaya, shahida lebih memilih untuk menjadi orang yang sederhana.

Video Shahida bersama Ifa, Kak KM dan suaminya Aliff telah ditonton sehingga mencecah 536,000 tontonan dan satu ribu komen.

Lebih baik kita jadi seorang yang rendah diri, lagi bagus kan.. Daripada suka menunjuk-nunjuk, takut bahaya yang mendatang. Lebih-lebih lagi bila pakai perhiasan emas ni, kena extra hati-hati ye. Suka betul dengan Datin Shahida, maintain humble je.

Sumber: Instagram aliffsyukri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!