“Kamu lainlah. Followers berjuta, kereta mewah, rumah mewah, job besar, semuanya hebat” – Jasmin Hamid

Siapa yang tidak kenal lagi dengan gerangan pelakon hebat negara Jasmiah binti Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Jasmin Hamid ini. Dia telah memulakan kerjaya sebagai anak seni negara yang telah berkecimpung dalam industri hiburan terutamanya lakonan sejak 1990 an lagi. Ini pasti sudah cukup untuk membuktikan bahawa dia merupakan seorang pelakon senior yang bakatnya memang tidak dapat dinafikan.

Seperti Anzalna Nasir, Neelofa dan ramai lagi yang memulakan langkah dalam industri hiburan bermula dengan menyertai pertandingan Dewi Remaja, begitu juga seperti Jasmin Hamid yang telah mencuba nasib dengan menyertai pertandingan tersebut pada tahun 1991. Keberaniannya itu telah membawa dirinya ke pertandingan akhir sehingga namanya menjadi besar dan terkenal sehingga sekarang.

Dia kini sedang giat mempromosikan drama-drama terbaru yang telah dibintanginya seperti drama Cukup Derita Itu dan Derita Untuk Bahagia.

Bagi mereka yang mengikuti drama tersebut pasti tahu bagaimana hebatnya lakonan Jasmin Hamid memegang watak sebagai perempuan jahat yang membuat penonton naik drah ketika menontonnya.

Siapa sangka dalam sibuk dirinya sedang mempromosikan drama-drama tersebut, ternyata ada yang tidak puas hati dengan Tindakan beliau dengan mengatakan laman Instagramnya itu seakan kotor kerana mempromosikan drama dan keadaan semasa

Dia juga ada menyatakan walaupun pengikut laman Instagramnya itu tidak seberapa jika dibandingkan dengan orang yang membuat kenyataan tersebut, tetapi dia tetap berasa senang dapat berkongsi drama lakonannya bersama peminat.

Ada kalanya juga, dia turut mempromosikan drama rakan-rakan selebriti yang lain bagi menarik minat penonton.

Rakan artis yang lain seperti Fasha Sandha, Sheila Hassan dan Amyza Aznan turut memberikan komen tentang postingnya itu dengan memberikan semangat untuk tidak menghiraukan mereka yang sentiasa memberikan komen negatif terhadap dirinya.

Pada zaman yang teknologinya serba maju seperti sekarang, laman-laman sesawang adalah tempat yang paling berkesan untuk dijadikan platform menyampaikan berita kepada orang ramai selain televisyen dengan cepat dan efisyen.

Laman Instagram, Facebook, Twitter dan sebagainya merupakan hak individu masing-masing bagi memuatnaik apa sahaja yang mereka mahu.

Selagi ianya tidak melnggar peraturan dan menyebarkan mesej positif, tidak ada salahnya jika Jasmin Hamid sendiri mahu berkongsi drama-drama lakonannya bagi tujuan promosi.

Sumber: Instagram Jasmin Hamid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!