“Suami bantu sy photoshoot, best je kan kerja sama2 dari rumah kan syg” – Abby abadi

Seorang isteri sememangnya harus berada disisi suaminya walau apa pun terjadi. Begitu jugalah suami yang perlu ada bersama isteri tidak kira apa yang jadi. Peranan suami berada di samping isteri adalah sangat penting bagi si isteri kerana kehadiran suami itu memberi satu semangat kepada isteri untuk meneruskan mengejar impiannya dan mencapainya.

Kita tahu bekas pelakon tempatan kita iaitu Abby Abadi yang sekarang lebih memfokuskan dirinya pada hal-hal rumahtangga, anak-anak dan perniagaan sendirinya. Beliau sentiasa dilihat sebagai seorang ibu yang sporting dengan anak-anaknya dilaman ignya selain selalu berada bersama suaminya.

Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini, Abby Abadi akui sukar untuk beliau dan suami untuk berniaga di tempat-tempat event kerana ianya tidak dibenarkan.

Makanya, beliau dan suami mencari alternatif lain untuk mempromosikan produk mereka dimana suaminya juga membantunya dalam mengambil gambar-gambar produk dirumah.

https://www.instagram.com/p/CPzzRMTDCaX/?utm_medium=copy_link

Dilihat di dalam kongsian video Abby, suaminya sedang membantu menyusun atur tudung-tudung keluaran Abby Abadi untuk penggambaran produk tersebut. Ini kerana suaminya punyai lebih masa terluang memandangkan pekerjaan memasang cctv dan autogate harus ditangguhkan akibat PKP.

Abby menambah lagi dengan berkata PKP ataupun tidak, kos kehidupan mereka sama sahaja kerana duduk dirumah bersama isi rumah pasti perlu makan juga masing-masing.

Netizen sangat menyukai melihat suami Abby menolong Abby dalam masa terluangnya. Yelah, jarang seorang suami itu mahu membantu isteri dalam perkara-perkara remeh seperti menangkap gambar dan sebagainya. Ada juga yang memuji suami Abby seorang suami yang mithali.

Para suami haruslah jadikan suami Abby Abadi sebagai contoh. Kerana, isteri kita tanpa sedar mungkin nampak cergas melakukan kerja mereka sendirian tapi sebenarnya mereka dalam diam perluukan kita secara emosi.

Tambahan pula, menolong isteri itu adalah salah satu cara penyumbang pahala untuk para suami jadi apa salahnya menolong isteri sambil menambah amal untuk akhirat kita.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!