“Mirul muka tetap satu pattern” – Jannna Nick

Setiap daripada kita dijadikan berpasang-pasangan. Walaupun nampak watak masing-masing sama sekali berbeza, namun itulah jadi pemangkin untuk serasi bersama. Gamaknya itu jua yang boleh dikatakan tentang pelakon, Ain Edruce dan suaminya yang juga ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustafa ini. Sering berkongsi tentang keluarga kecilnya, sampaikan Amirul pun sudah seperti jadi selebriti di medsos ‘dibuat’ Ain.

Ya lah… jika setiap kali membuat hantaran di medsos, gelagat Amirul pasti menarik perhatian. Uniknya, mimik mukanya yang bersahaja tanpa perlu berbuat apa-apa itu tetap menancap pandangan netizen.

Seperti video dikongsikan Ain sempena hari jadinya ini, wajah Amirul tetap mencuri perhatian. Mana taknya, disaat isteri tersayangnya dilihat sebagai seorang yang ‘hiper’, dia pula bermuka seperti tiada perasaan.

Baik Ain buat apa pun atau menyakat Amirul macam mana pun, reaksi wajahnya sama sahaja. Itulah keunikannya yang menarik perhatian netizen. Untunglah kan… tak buat apa-apa pun orang nak tengok.

Seperti komen rakan artis, aktres, Janna Nick, ‘Muka Mirul tetap satu pattern’. Sama seperti netizen rasakan, air muka Amirul kelihatan sama begitu sahaja. Apa pun itulah keunikannya kan…

“When a person love you the way you are they will stay no matter what. Happy birthday & till jannah”, “Sweet la korang ni”, “Comel ain soraya n amirul.. Semoga berbahagia sehingga syurga”, “this is my fav kapel..”.

Itu antara komen netizen. Dalam keunikan pasangan itu, ramai netizen yang tumpang gembira melihat kebahagiaan mereka bersama. Walaupun Amirul begitu, tetap sahaja memberikan sokongan pada isterinya.

Terdahulu dalam kapsyen hantarannya, Ain meluahkan tentang terdapat pelbagai rezeki. Termasuk dapat suami yang sayangkan dirinya juga antara rezekinya. Ya lah .. insan yang sanggup melayan kerenah isteri.

Dalam nada mencuit hati, kata Ain sempena hari jadinya itu, bahawa anaknya, Soraya juga antara rezeki. Biarpun ada mempertikaikan rupa paras pasangan sebelum ini, nampaknya mereka tetap menjalani hidup gembira dengan cara tersendiri.

Yang bagi makan pun bukan netizen, pedulikan kata-kata nista netizen yang tiada faedah. Bahagia dengan cara sendiri macam Ain dan Amirul ni. Apa pun selamat hari jadi yang ke 31 Ain. Moga terus berbahagia bersama suami dan anak tersayang.

Sumber : IG Ain Edruce

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!