“Napa mcm ziana zain waktu muda dulu” – Netizen

Sudah biasa jika seseorang artis itu bakal mendapat berbagai jenis komen dari netizen lebih-lebih lagi berkenaan penampilan yang ditonjolkan oleh mereka kepada orang ramai. Setiap orang juga mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Ada yang suka dan memuji malah ada juga yang tidak suka dan sewenang-wenangnya memberikan kritikan negatif lebih-lebih lagi di ruangan komen media sosial yang disediakan.

Pasti ramai yang sudah tahu dengan sikap acuh tidak acuh dari pelakon hebat terkenal bernama Nabila Huda ini. Tidak kiralah gossip apa saja yang melanda dirinya, dia masih tetap sempoi dan positif saja melayan kerenah para netizen dan media di luar sana.

Tidak hanya terkenal kerana bapanya yang merupakan legenda R0ck terkenal tanah air, Nabila Huda juga mempunyai bakat yang cukup besar dalam bidang lakonan. Setiap watak yang diberikan kepadanya pasti akan dibawa dengan bersungguh-sungguh dan bukan dengan sambil lewa.

Setiap filem atau drama yang dilakonkan olehnya pasti akan membawa kesan yang mendalam kepada para penonton serta jarang sekali mendapat komen negatif berkenaan kerjayanya itu. Bukan itu sahaja, Nabila juga sangat berbakat dalam bidang pengacaraan.

Kini dia dilihat lebih sibuk mempromosikan produk keluarannya sendiri iaitu Frutti Tutti yang merupakan minuman untuk pengurangan berat badan.

Maka tak silaplah jika video terbarunya ini telah menuai pujian ramai apabila dikatakan sudah kur0s berbanding dulu.

Bukan hanya itu, penampilan Nabila Huda yang sering menampilkan gaya retro namun kekinian ini pula telah ditegur mirip seperti Ziana Zain waktu muda-muda dahulu. Bila dilihat-lihat, memang agak serupa pula mereka berdua ini.

Gayanya memang sama seperti Ziana Zain dahulu dari segi rambut dan penampilan. Ramai yang memuji-muji kecantikan semula jadi pelakon terkenal ini.

Produk Frutti Tuttinya juga sudah dipromosikan secara melebar luas sehingga ke negara seberang iaitu Singapura.

Hebat Abil sekarang dah ada bisnes sampingan. Patutlah sekarang nampak makin cantik dan slim je, mengamalkan produk sendiri rupanya. Selamat maju jaya diucapkan untuk Abil untuk bisnesnya itu.

Sumber: Instagram Kupu Kupu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!