“Mamat dengan Jep kaki konsert ekk”-Netizen

Bila diimbau kembali kenangan di zaman muda dulu, sudah pasti banyak perkara yang tak dapat dilupakan terutamanya bersama rakan-rakan. Betul tak ? Tak kisah yang manis atau pahit, semuanya diredah bersama dan jadilah sebuah kenangan yang nanti akan dikenang bersama. Rasa nak gelak pun ada juga bila diimbau kembali kan.

Bercerita tentang pengalaman ni, banyak mendanya. Contohnya pergi ke konsert band terkenal dan kegemaran. Bila disebut tentang band dan kumpulan rock zaman dahulu, tak semestinya anak remaja sekarang kenal mereka.

Bukan apa, kerana era sudah pun berubah. Penyanyi dahulu pun ramai yang sudah bersara, tapi masih ada lagi yang masih aktif dalam bidang seni seperti dahulu kala. Contohnya yang kita pasti kenal ialah Datuk Amy Search.

Ada dimuat naik video Datuk Amy Search yang suatu ketika itu melakukan konsertnya. Tak payah cakap lah betapa popular nya beliau dahulu kala. Ramai tau fans nya, semua jenis berjiwa sukakan rock kap4k. Lagu rock cinta.

Tapi, bukanlah itu yang menarik perhatian para netizen, ada yang lebih menarik perhatian setelah terlihat kelibat pelawak terkenal iaitu Jep dan Mamat dank lip tersebut. Terkejut juga ye, mula-mula macam iras mereka. Last-last memang mereka ya.

Kelakar sangat tengok telatah mereka time tu. Betul-betul mengahayati lagu yang sedang dinyanyikan oleh Datuk Amy ya. Yang paling kelakar time tu Mamat punya rambut betul-betul lain macam ye, betul-betul rock kapak.

Rata-rata netizen sangat terhibur dengan gelagat diorang. Taktahu kot bahawa klip video itu masih disimpan dan ternyata hari ni, diviralkan semula. Mana nak sorok muka, muka time muda-muda dulu lah katakan.

Atau korang pun ada sewaktu moment itu berlaku waktu dulu. Sedar tak sedar, korang pun salah seorang dari mereka yang turut hadir pada konsert tersebut. Cuba check balik, mana tau korang yang duduk sebelah Jep ke kan.

Memang tak dapat dinafikan, moment bersama rakan-rakan itu rata-rata sangat lah indah. Bila diingat kembali, pasti terbahak gelak dibuatnya. Tak sangka kan dulu sebegitu rupa dan perangai kita. Jadikan lah iainya kenangan yang indah.

Sumber : Ig Sinar_my

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!