“Hang org penang pi sokong selangor lpstu pi dok tmpt jdt” – Netizen

Akhirnya berakhir juga debaran buat peminat sukan bola sepak negara yang ternanti-nantikan siapakah juara yang bakal menjulang trofi kemenangan bagi TM Piala Malaysia 2022 yang berlangsung malam semalam. Perlawanan sengit diantara dua pasukan hebat JDT dan Selangor ini telah menarik ramai peminat bola sepak untuk memeriahkan suasana di stadium termasuklah para artis.

Rakan artis Azad Jasmin dan Jep Sepahtu juga tidak melepaskan peluang keemasan untuk menghadiri perlawanan final bola sepak kumpulan kesayangan mereka ini. Ratusan ribu orang telah membanjiri Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur demi memberi sokongan penuh terhadap pasukan kegemaran mereka masing-masing.

Viral video terbaru yang dikongsi di Instagram Era.je telah memperlihatkan dua sahabat Pak Azad dan Jep ini yang  duduk bersama-sama dengan peminat  dari kumpulan JDT. Tidak masalah buat Jep yang sememangnya menyokong JDT pada malam tadi, tetapi tidak buat Pak Azad apabila dia dipaksa untuk duduk bersama dengan Jep walaupun menyokong kumpulan Selangor.

Sudah bergaya dengan jersi Selangor dan sebagainya, tak senang duduk dibuatnya Pak Azad apabila memikirkan nasib yang bakal dihadapi apabila duduk bersama-sama dengan peminat pasukan JDT itu. Sehingga ada yang mencadangkan bahawa Azad tidak boleh bersorak dan duduk diam sahaja apabila pasukan Selangor membuat j4ringan bola.

Apa yang melucukan adalah apabila cukup sahaja separuh masa kedua dan kumpulan JDT mula menj4ringkan mata kedua buat kumpulan itu, Pak Azad mula berpaling tadah dan terus menukar bajunya kepada baju pasukan JDT pula.

Hal ini telah dikongsi oleh rakan pekerja siaran radio yang turut berada di stadium itu tadi malam. Dia telah merakam tingkah laku Pak Azad yang sungguh bersemangat menyokong pasukan JDT pula pada separuh masa kedua.

Memang lucu-lucu semua komen dari netizen yang memanggil Pak Azad sebagai lalang. Namun ramai yang berkata bahawa Pak Azad tak perlu risau berlaku apa-apa kerana katanya peminat pasukan JDT memang baik-baik belaka orangnya.

Mula-mula nak kesian dekat Pak Azad sebab kena buuli dengan Jep kena duduk dekat situ, rupanya pakai baju dua lapis dia ya. Mesti semua tak fokus nak tengok perlawanan bola tadi malam, sebab semua mesti tengok gelagat Pak Azad yang sentiasa menghiburkan ni.

Sumber: Instagram Era.je

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!