“Mesti laki bini ni jenis lawak, asyik gelak” – Netizen

Hidup berpasangan ini perlulah membahagiakan antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, kita perlu juga memahami dan mengisi kekosongan hati pasangan kita itu kerana kitalah orang paling dekat dengan dia. Sepatutnya menjadi pasangan ini kita akan rasa tenang bersama dan resah bila terpisah. Itulah baru dinamakan pasangan yang ideal dan saling melengkapi.

Siapa tidak mengenali pelakon dan pelawak Jasmin Hamid. Beliau yang membina nama beliau pada era 1990an sehingga sekarang kelihatan masih jelita seperti dulu.

Seperti kita sedia maklum, Jasmin Hamid sudahpun selamat diijab kabulkan bersama pasangan beliau, Nazmir bin Rahim yang juga pengurus beliau baru-baru ini.

Mengikut sumber, Nazmir telah menjadi pembantu peribadi Jasmin selama 8 tahun dan menurut Jasmin Hamid, suaminya itu telah mengenali beliau tak kira baik dan buruknya.

Hidup berpasangan ini sememangnya perlu bergelak tawa bersama untuk mengekalkan keharmonian antara dua insan. Baru-baru ini, Jasmin Hamid melakukan satu video ‘trending’ dimana melihat apa yang dilakukan oleh pasangan kita jika dihulurkan tangan kita kepada mereka.

Dilihat dari video ‘reel’ tersebut, ketika Jasmin menghulurkan tangan beliau pada suaminya itu, suaminya memberikan sekeping duit syiling 10 sen kepada Jasmin. Kata Jasmin di kapsyen, beliau fikir suaminya itu akan memberikan seringgit atau lebih. Tapi suaminya menghulurkan 10 sen dan berkata tanpa 10 sen, tidak akan cukup jumlah seringgit itu.

Mereka dilihat sangat cocok bersama. Walaupun mempunyai jarak usia yang agak jauh namun mereka dilihat sangat menyayangi antara satu sama lain.

Bukan senang untuk mendapatkan seorang pasangan yang mampu untuk memahami dan pandai menghiburkan kita. Netizen juga memuji pasangan ini dengan berkata pasangan ini pasti sama-sama suka melawak dan selalu ketawa sahaja.

Menyayangi wanita ini tidak susah sebenarnya. Kebanyakan wanita hanya memerluukan kasih sayang dan orang yang boleh membuat dia gelak sahaja. Itu sudah cukup buat hati wanita itu bahagia dan emosinya terjaga.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!