“Akhirnya naik pelamin juga Nana” – Netizen

Penyanyi tanah air Siti Nordiana Alias atau lebih mesra dengan panggilan Nana ini sudah semestinya menjadi kesayangan ramai dari dahulu lagi. Mula mengembangkan bakatnya sejak berumur 15 tahun, suara lunak milik penyanyi wanita ini sangat digemari ramai lebih-lebih lagi ketika zaman kegemilangannya bersama rakan duet Allahyarham Achik Spin yang juga merangkap sebagai rakan baik pada waktu dahulu.

Walaupun kehidupannya sebagai seorang artis hiburan sering dilanda kontroversi sejak dahulu, tetapi sosok wanita dan juga seorang ibu ini sering terlihat tabah dan tidak suka menggembar-gemburkan soal kehidupan peribadinya bersama orang ramai. Nana juga lebih dikenali dengan sifatnya yang sangat lembut ketika bertutur dan sangat menjaga kata.

Gambar terbaru bersama seorang jejaka diatas pelamin yang telah dimuatnaik oleh Nana di laman Instagram miliknya itu ternyata telah mengejutkan para peminat dan netizen. Mengenakan baju tradisional masyarakat India iaitu Sari, ramai yang memuji kecantikan Nana yang ternyata seakan artis Bollywood iaitu Kajol.

Ramai yang mengira bahawa Nana telah menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka tersebut. Namun ternyata masih ramai yang belum maklum bahawa jejaka tersebut merupakan anak tunggal kepada Nana yang bernama Muhammad Rayyan Nakhaie. Walaupun masih berumur 13 tahun, tetapi anak bujang kepada Siti Nordiana ini dilihat sangat dewasa dan kacak.

Perkahwinannya bersama Allahyarham Mohd Faizal Yusup pada tahun 2006 yang lalu telah mngalkan seorang insan istimewa buat diri Nana iaitu Rayyan yang sudah tentunya menjadi penguat dan pembkar semangat buat dirinya untuk meneruskan hidup.

Ramai diantara mereka yang memuji hubungan akrab yang dimiliki dua beranak ini hingga ada yang mengatakan bahawa mereka hanya terlihat sebagai adik beradik sahaja dan bukan sebagai ibu dan anak. Para peminat dan netizen juga tidak lupa untuk mendoakan Nana agar segera bertemu jodoh dan dapat bergambar di atas pelamin sendiri.

Walaupun Nana dilihat sering sibuk dengan pekerjaannya sebagai seorang penyanyi dan juga pelakon, tetapi dia tidak lupa untuk meluangkan masa bersama anaknya itu. Waktu-waktu yang dihabiskan bersama juga sering dikongsi bersama peminat di laman Instagram miliknya.

Tugas sebagai seorang ibu tunggal yang harus memegang tanggungjawab sebagai ibu dan ayah sekaligus semestinya bukanlah suatu perkara yang mudah. Semoga Rayyan membesar menjadi anak yang bertanggungjawab dan dapat membalas segala jasa ibunya itu suatu hari nanti.

Sumber: Instagram Siti Nordiana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!