“Ayaayaa berantena kuasa 5G di kepaala” – Netizen

Setiap kali pertunjukan fesyen mahupun majlis penganugerahan diadakan, pasti berbagai-bagai fesyen baharu yang ditampilkan oleh para artis kita. Dari fesyen yang paling glamour sehinggalah fesyen yang paling pelik dan tidak biasa dalam pemakaian harian. Penampilan baharu inilah yang selalu berjaya meraih perhatian dan sorotan dari pihak media dan netizen. Tidak hanya di luar negara, kini fesyen negara juga sudah berjalan seiring dengan fesyen antarabangsa.

Anugerah Stail Eh yang telah diadakan baru-baru ini telah menghadirkan ramai selebriti tempatan dengan gaya-gaya fesyen mereka yang tak kalah saing seperti artis internasional. Bermula dari penggayaan baju, solekan sehingga ke dandanan rambut telah diambil berat oleh setiap mereka yang hadir.

Antara yang menjadi sorotan pada malam itu adalah penampilan dari pasangan terkenal yang sentiasa tidak pernah mengecewakan membawa fesyen-fesyen terkini. Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya dipuji cantik dan bergaya dalam penggayaan baju mereka pada malam itu.

Tidak hanya tertumpu kepada baju, kasut dan solekan sahaja, dandanan rambut unik Scha Al-Yahya pada malam itu turut mendapat perhatian ramai termasuk para artis. Memilih penggayaan rambut unik yang dibalut seperti besi pada rambutnya itu telah menyempurnakan lagi penampilan unik Scha pada malam itu.

Bukan hanya si isteri yang berjaya meraih perhatian, Awal Ashaari yang membawa gaya ala-ala Kpop ini juga dikatakan tidak pernah mengecewakan dalam menggayakan apa-apa jenis fesyen sekalipun.

Lucunya, dandanan rambut Scha di malam Anugerah Stail Eh itu dikatakan persis seperti antena televisyen pula. Tidak hanya seperti antena, rambutnya juga dikatakan mampu membawa kelajuan antena sehingga 5G.

Bukan hanya para peminat dan netizen yang terkesima dengan pembawaan fesyen pasangan terkenal ini. Rakan artis seperti Mimi Lana dan Daiyan Trisha juga turut memuji kecantikan dan keunikan gaya yang diperagakan oleh Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari pada malam itu.

Jarang-jarang artis kita boleh bawa gaya rambut unik macam Scha. Memang pakai apa pun nampak menarik je kalau sudah Awal dan Scha yang pakai. Lepas ni mungkin Lara Alana dan Lyla Amina pula boleh ganti tempat mummy.

Sumber: Instagram Scha Al-Yahya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!