“Akhirnya dapat buat panggilan video dgn kembar dia”- Netizen

Sekitar pertengahan tahun ini, penyanyi dan komposer muda Haqiem Rusli telah mengumumkan bahawa beliau akan mendirikan rumah tangga pada akhir tahun ini. Pengumuman itu dilakukan oleh pelantun lagu Tergantung Sepi tersebut menerusi siaran langsung di Instagram beliau pada jam 2 pagi. Keputusan penyanyi berkenaan untuk menamatkan zaman bujang telah mengejutkan para peminat memandangkan selama ini Haqiem amat berahsia mengenai hubungan percintaan beliau.

Sekian lama mendiamkan diri mengenai calon dan tarikh pernikahan beliau, pada tanggal 19 November yang lalu Haqiem akhirnya telah selamat mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati beliau. Haqiem juga telah mengejutkan para peminat apabila menyunting seorang gadis berusia 19 tahun untuk menjadi suri hati hidupnya.

Terdahulu, perkenalan antara Haqiem Rusli dan isteri beliau itu khabarnya bermula terlebih dahulu sebagai rakan kongsi perniagaan sekitar dua tahun lalu apabila mereka berdua sepakat untuk membuka restoran ‘steam bot’.

Bagaimanapun, enggan menunggu lebih lama Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 akhirnya memutuskan untuk membawa hubungan rakan kongsi perniagaan itu kepada hubungan yang lebih serius.

Ternyata sudah tertulis jodoh penyanyi berkenaan apabila pada tanggal 19 November yang lalu hubungan pasangan sama cantik sama padan ini telahpun di satukan dengan ikatan pernikahan yang sah. Haqiem Rusli telah melangsungkan pernikahan bersama Anis Sofea atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

Setelah bernikah, Haqiem sudah selesa berkongsi dengan para peminat mengenai kehidupan peribadi beliau dan isteri.

Wajah isterinya yang mesra di sapa Sofea itu turut menarik perhatian para peminat kerana isterinya itu mempunyai raut wajah yang lembut dan manis. Para peminat juga turut memuji kejelitaan isteri Haqiem itu.

Terkini menerusi Instagram Sofea, isteri Haqiem itu telah berkongsi rasa gembira dan terharu apabila Haqiem memberikan kejutan istimewa kepadanya. Menerusi video yang dikongsikan, Haqiem menjelaskan bahawa isterinya itu amat meminati selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

Oleh itu, Haqiem cuba menggembirakan isterinya itu dengan menghubungi pasangan selebriti tersebut. Sofea yang tidak menyangka dapat bercakap dengan selebriti pujaannya itu kelihatan sangat terkejut apabila pertama kali melihat pasangan berkenaan menerusi panggilan video yang dibuat oleh suaminya.

Sofea juga berkata beliau begitu terharu sehingga mahu mengalirkan air mata namun menahannya kerana merasa malu dengan Hanis Zalikha.

Pasangan selebriti tersebut mesra melayani Sofea dan bertanya serba sedikit mengenai Sofea. Hairul malahan sempat berkata mengenai dakwaan netizen bahawa wajah Sofea yang dikatakan mirip Hanis Zalikha.

Namun begitu, video yang dikongsikan oleh Sofea itu hanya berdurasi beberapa saat dan tidak puas di tonton oleh peminat yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perbualan pasangan selebriti Hanis dan Hairul bersama Sofea.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen berkata mereka teruja melihat Sofea dapat bercakap sendiri dengan Hanis Zalikha yang menjadi idola beliau. Malahan wajah Sofea juga di dakwa oleh ramai netizen sebagai kembar kepada Hanis Zalikha sendiri.

Berikut dikongsikan komen- komen yang ditinggalkan oleh netizen. Hanis Zalikha dan Hairul juga tidak ketinggalan mngalkan komen di entri tersebut.

Wajah Sofea sekilas pandang saling tidak tumpah seperti wajah Hanis Zalikha. Perkara tersebut di akui sendiri oleh kebanyakkan peminat Haqiem dan Netizen. Beruntungnya Sofea dapat suami yang sangat penyayang dan sentiasa cuba untuk memenuhi impian isteri.

Walaupun video tersebut baru sahaja dimuatnaik beberapa jam yang lalu namun sehingga kini video tersebut telah mendapat sebanyak 111,092 jumlah tontonan.

Sumber: ig anis sofea

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!