“Muka daddy taakut betul tengok soraya beraak”- Netizen

Gelagat selebriti Ain Edruce sekeluarga sentiasa melucukan. Ada sahaja momen mereka yang dikongsi di Instagram mampu membuatkan ramai netizen terhibur melihatnya. Lebih-lebih lagi dengan gelagat ‘giila-giila’ Ain Edruce yang gemar mengusik suaminya, Amirul sememangnya kelihatan romantik dan menghiburkan. Malah dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka yang bernama Soraya, ia cukup melengkapi kehidupan Ain bersama suaminya.

Dahulunya video Ain dipenuhi dengan gelagatnya bersama suami. Memang tak kering gusi jika tonton video yabg dikongsi Ain di channel youtube miliknya Apa sahaja aktiviti yang dilakukan, pasti dikongsi oleh Ain di Youtube.

Kini selepas kehadiran anaknya Soraya, video Ain penuh dengan gelagat anaknya yang ternyata mencuri tumpuan ramai.

Soraya lebih menjadi perhatian apabila videonya dimuatnaik di instagram ibunya. Baru-baru ini, video Soraya yang sempat dirakam Ain ternyata menghiburkan netizen apabila melihat aksi Soraya yang sedang khusyuk membuang air besar itu.

Lebih melucukan tatkala wajah suami Ain iaitu Amirul juga menjadi tumpuan netizen. Amirul menjadi lebih popular dalam kalangan netizen apabila Ain suka berkongsi video gelagat suaminya yang ternyata mampu menghiburkan orang ramai.

Video terbaru yang dikongsi Ain ini juga telah menerima 147,000 tanda suka dan komen-komen daripada netizen.

“Mirul ni penat aku gelak haha, Anak beranak kelakor, lawak betul”- Netizen

Ain Edruce sekeluarga ni jarang sekali tak kelakar, mesti kelakar punya bila tengok video diorang. Happening je family diorang..

Sumber: Instagram ainedruce

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!