“Aduh kena beli foundation cerah sikit baru selevel dengan Emirhan” – Anzalna Nasir

Seronok rasanya tengok anak-anak para artis tanah air kita. Memang comel-comel belaka anak mereka. Tak kalah saing seperti anak mat salleh dari luar negara jika nak dibanding dengan kecomelannya. Malah dari kecil lagi, kebanyakan anak-anak dari para artis ini sudah mempunyai peminat mereka sendiri. Rezekilah kecil-kecil lagi sudah dikenali ramai mereka semua ni.

Jika dahulu si ibu yang merupakan pelakon serta model cantik yang sering menjadi sorotan orang ramai, kini giliran anaknya pula yang sering menjadi perhatian ramai. Anzalna Nasir yang sudah melahirkan putera kedua pada bulan Mei lalu ini telah membuat ramai yang geram dengan kecomelan anaknya itu.

Tidak menunggu lama bagi memperlihatkan putera keduanya kepada para peminat dan orang ramai, Anzalna dan suami iaitu Hanif Zaki yang merupakan seorang usahawan ini telah memilih hari ketujuh setelah kelahiran untuk memperlihatkan wajah putera kedua mereka kepada orang ramai.

Pada 2019 yang lalu, Anzalna dan suami telah berjaya menerima putera pertama kesayangan mereka yang diberi nama Mohamad Eidress. Tahun ini pula buat putera yang kedua, pasangan ini telah memilih nama istimewa Mohamad Emirhan buat cahaya mata mereka.

Seloroh Anzalna di posting terbarunya itu telah menimbulkan tawa apabila berkata dia terpaksa memilih warna foundation yang lebih cerah selepas ini. Ini kerana warna kuulitnya jika ingin dibandingkan dengan Emirhan sangat jauh beza kerana Emirhan mempunyai warna kuulit yang sangat cerah.

Disebabkan wajah Emirhan yang dilihat sangat putih dan cerah itu, ramai netizen yang berkata bahawa dia persis seperti orang Turki malah ada yang berkata bahawa wajahnya itu sama seperti wajah presiden-presiden di negara Turki.

Ramai yang tak puas melihat kecomelan Emirhan di Instagram ibunya itu. Sehingga ada komen lucu dari salah seorang netizen yang mendakwa bahawa Anzalna telah minum cat putih sewaktu Emirhan dalam kandungan sehingga kuulitnya boleh menjadi seputih itu.

Komen tersebut turut dibalas oleh Anzalna sendiri yang turut terhibur dengan kata-kata tersebut.

Memang macam bukan orang Melayu muka Emirhan ni. Mesti si abang Eidress pun dah tak sabar nak tunggu Emirhan membesar. Lepas ni ada lah geng Eidress nak bermain kan lepas adik sudah besar.

Sumber: Instagram Anzalna Nasir

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!