“Haha tengok muka Erra terus lupa dialog” – Netizen

Bukan saja popular pada tahun 1994 hingga 2000, tetapi sehingga 2022 pun nama mereka masih menjadi sebutan para peminat serta netizen. Meskipun zaman kegemilangan mereka telah lama berlalu dek kerana usia semakin bertambah tetapi bukannya alasan mereka dilupakan. Masih mendapat nama dan tempat di ruangan industri seni hiburan, malah, baru-baru ini mendapat peluang bersama bergandingan.

Legend lama, Erra dan Dato Awie, pernah bertunang namun jodoh tiada. Tetapi mereka tidak pernah bermusvh dan hampir belasan tahun tidak bertemu dek kerana sibuknya kerja masing-masing.

Akan tetapi semenjak kedua-duanya semakin aktif kembali dalam dunia seni dan banyak progran serta tawaran-tawaran menjadi juri dan sebagainya, sehinggalah mereka dipertemukan didalam beberapa acara.

Jadinya, mereka kembali berhubung, apatah lagi kedua-duanya masih bujang kembali, ramailah yang kenenkan mereka semula, apatah lagi mereka bekas tunang pada suatu ketika dahulu.

Ketika peluang mendapat tawaran berlakon bersama dan bergandingan didalam konsert yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, mereka banyak berlatih berdialog. Apabila hampir selesai latihan, pasti akan tergelak dek kerana lucu.

Sudah terlalu rapat, jadinya begiulah. Pasti ketawa kerana sudah kenal hati budi masing-masing, jika berkawan rapat begitulah jadinya. Setiap kali pandnag wajah Erra, pasti Dato Awie tergelak je. Apatah lagi melihat wajah cantik dan putih mulus Erra Fazira.

Walaupun mereka telah mengenali hati budi masing-masing dan sudah bertahun-tahun berkawan dan mengenali, namun desas-desus untuk mereka mempunyai ikatan masih tidak ada. Malah, Erra belum mengatakan apa-apa yang istimewa diantara mereka.

Pada Dato Awie pula, bukan sekarang tapi akan datang kita tidak tahu. Ini pula kata netizen, yang sudah semestinya merindui watak-watak Sembilu, filem yang menaikkan nama mereka suatu masa dahulu. Video mereka berdua mendapat perhatian netizen. Ini kata mereka.

Erra Fazira sering mendapat tawaran berlakon meskipun sebelum ini berliau bermula dengan bidang nyanyian. Antara nyanyian yang popular seperti Pasrah dan Hanya Dimata.

Sumber: ig errafazira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!