“Best gilerr konsert ni, rugi sapa yg tak pergi”- Netizen

Sememangnya nama Aina Abdul adalah suatu nama yang sangat gah dalam industri tanah air. Rasanya tak perlu kenalkan dirinya kepada orang ramai kot, kerana beliau sangat popular. Boleh dikatakan setiap tahun akan masuk AJL dan memenangi anugerah. Lebih-lebih lagu anugerah vocal. Memang meremang setiap kali dengar beliau menyanyi, sangat merdu.

Itu nyanyian yang kita hanya dengar di rakaman dan media, belum lagi nyanyian nya secara live, rasanya boleh ternganga semua kerana teruja. Aina kini melakukan konsertnya tersendiri atas rasa penghargaan kepada peminatnya atau lebih dikenali sebagai Ainations.

Tiket konsert nya pun sold out dalam tempoh yang singkat tau, nampak tak betapa gahnya seorang Aina Abdul ni. Beliau melangsungkan konsert di Istana Budaya selama 2 hari. Beruntung siapa yang sempat beli tiket dan berpeluang ke sana. Yang takde rezeki, takpa mungkin lain hari Aina buat konsert lain.

Rata-rata peminat yang menghadiri konsert pertamanya pada 25 Jun memberikan komen yang sangat positif. Bila baca feedback dari peminat yang datang pada malam tersebut, rasa macam nak pergi juga, tapi tak berkesempatan.

Ada juga komen netizen yang mengatakan bahawa zaman ini adalah zaman kegemilangan beliau. Ye, Aina sangat bijak dan sentiasa mengharagai peminatnya. Dalam industry ni, kita tak sentiasa di atas, akan ada fasa di bawah juga. Seperti roda yang berputar. Aina bijak menggunakan peluang keemasan nya ini untuk memberikan yang terbaik darinya.

Juga, setiap kali Aina membuat persembahan, sudah pasti para peminat tertunggu-tunggu akan outfitnya. Memang semua akan tertanya-tanya kerana Aina Abdul menjanjikan kelainan. Luar biasa itu pasti.

Dikatakan pada konsertnya beliau memakai pakaian berkonsepkan “Baju Rambut”, juga memakai sebanyak 150 rambut plsu. Wow memang luar biasa, tapi selesa dan sesuai dengan penampilan beliau yang cukup mengagumkan.

Aina juga baru-baru ini mengeluarkan single terbarunya yang berjudul “Terus Hidup”. Yang mana tak dengar lagi single terbaru beliau, lekas cari di Youtube serta like MV beliau. Lagu baru tu gempak dan memberi aura baru dalam seni tanah air.

Justeru, yang mana tak berkesempatan join konsert Aina Abdul pada kali ini, mungkin next time peluang bagi anda. Semoga nama Aina Abdul sentiasa mekar dalam industry tanah air dan berkembang ke taraf antarabangsa.

Sumber : Ig Ainaabdul

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!