“So sweet, kasih sayang tidak terhingga dari seorang nana”- Netizen

Sememangnya setiap perkahwinan inginkan cahaya mata, bukan saja pasangan suami isteri mahukan anak, begitu juga dengan ahli kerabat yang lain. Begitulah perasaan yang dirasai oleh Sheila Rusly, sangat excited menanti kelahiran cucunya pertamanya hasil dari perkahwinan anak lelakinya, Uzair Haqimy dan Elisha Sandha. Siapa je tak excited timang cucu pertamnaya kan.

Cucu nya yang diberi nama Bunga Elhaq lahir pada 18 Jun lepas . Walaupun masih lagi kecil tapi sudah mempunyai akaun Instagramnya sendiri, dan mempunyai sebanyak 39.1k walaupun  masih saja baru aktif.

Wah, kecil-kecil dah ada Instagram, kalau uncle dan aunty nak lihat perkembangan si comel Bunga ni bolehlah cari di laman Instagramnya. Tak sabar nak tengok gelagat-gelagat si kecil molek ni, mesti menghiburkan hati semua.

Bukan saja cucu yang beruntung kerana menjadi kesayangan Sheila Rusly, malah mertuanya, Elisha Sandha juga sangat beruntung kerana mendapat ibu mertua yang sangat penyayang dan prihatin. Sangat mengambil berat akan menantunya itu terutamanya ketika berpantang.

Sememangnya mendapat ahli keluarga yang penyayang ini adalah satu anugerah, comel je lihat Sheila Rusly mengendong cucunya Bunga di balkoni rumah sambal menyanyikan lagu“Sunshine”, teringat kenangan sewaktu kecil-kecil dulu sewaktu dengan nenek.

Antara komen netizen ialah “Bestnya dapat nenek yang penyayang macam ni”, “Kasih nenek kepada cucunya, syg sungguh”, “Syukur, semoga Bunga menjadi insan solehah bahagia dunia akhirat” dan sebagainya. Rata-rata netizen pun dapat rasa aura kasih sayang nenek kepada cucu melalui video Sheila Rusly itu.

Waalaupun Sheila Rusly merupakan satu nama yang popular dan industri lakonan tanah air, dan sudah semestinya sentiasa sibuk dengan kerja pengambaran, tetapi masih pandai mengurus masa untuk keluarga terutamanya cucu yang sangat disayangi tu, keluarga kan harta yang paling berharga.

Elisya juga yang merupakan salah satu artis, masih berpantang dan mungkin akan kembali ke set pengambaran tidak lama lagi. Tak sabar lah nak tengok Elisya kembali aktif. Semoga cepat habis berpantang.

Justeru, keluarga itu ibarat pertama yang takkan ada pengganti. Mempunyai ikatan kekeluargaan itu sangatl indah. Semoga ahli keluarga Sheila Rusly sentiasa bahagia dan dilimpahi rezeki yang berganda. Juga, semoga baby Bunga membesar dengan sihat dan aktif.

Sumber : Ig Sheilarusly_jspictures

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!