“Kembang idung kuda tu Kak Ja sayang dia”- Netizen

Siapa je tak kenal wanita hebat yang bernama Heliza Helmi, beliau yang mempunyai karisma yang dicontohi ramai terutamanya golongn wanita. Sudah lah cantik, lemah lembut pula tu. Beliau yang baru mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan, iaitu Dato’ Mahadi masih lagi aktif walaupun sudah bergelar isteri. Malah, suaminya juga kadang-kadang turut berkongsi minat yang sama dengannya.

Heliza yang memuat naik videonya mendekati seekor kuda kerana pada hari tersebut beliau menyertai Program Queen Persona. Wah, datin sri tunggang kuda lah, sangat aktif ya. Tak takut ke tunggang kuda tu? Kena pegang kuat-kuat talinya ketika kuda berlari takut juga kuda tu lari laju.

Program Queen Persona yang disertai oleh nya turut mempromosikan aktiviti lain selain menunggang kuda iaitu memanah. Lebih umum pembelajaran tentang sunnah. Ramai juga yang menyertainya.

Tengok Heliza memanah dan menunggang kuda, nampak sangat professional dan tidak kekok padahal asalnya beliau mengatakan bahawa beliau bukanlah mahir dalam aktiviti berkuda.

Tapi belajar slow slow mana tahu nanti akan jadi profesioanl. Siap k1ss pipi kuda tu tau, m4lu kuda tu tiba-tiba kena k1ss.

Beliau juga  seringakali memuat naik videonya bersama suaminya, untung mempunyai suami yang melayan karenah isteri dan berkongsi minat yang sama. Kadang-kadang siap menari dato dan datin berdua ni.

Mereka baru saja mendirikan rumah tangga pada awal tahun ini, kadang-kadang tu sweet je tengok video mereka berdua ni. Walaupun suaminya seorang jutawan dan focus dalam bisnes tapi tak menjadikan alasan untuknya sentiasa sibuk bagi melayan karenah isterinya itu.

Pada program Queen Persona tersebut, adik Heliza iaitu Hazwani turut mengikuti kakaknya itu. Di mana ada Heliza, di situ ada Hazwani. Air dicincang tak akan puutus. Adiknya juga mempunyai personality dan karisma yang serupa dengan kakaknya.

Walaupun tidak semua pernah menunggang kuda, tetapi harus diketahui bahawa aktiviti ini banyak memberi faedah kepada kita terutamanya untuk memperbaiki posture badan. Walaupun ada sesetengah yang takut akan kuda , tapi sebenarnya sukan ini sangat menyeronokkan seperti sukan-sukan yang lain.

Justeru, semoga lebih ramai yang akan menyertai program sebegini, sememangnya aktiviti-akviti sebegini amat digalakkan untuk dipelajaari. Walaupun tak mahir dan agak susah pada awalnya, jika dilatih akan menjadi senang dan mudah.

Sumber : Ig Nurhelizahelmi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!