“Haha dah puluh tahun dia xkisah nk pndang pun” – Netizen

Sikap peramah Sharifah Shahira yang cukup dikenali sebagai Shiera semasa memuatnaik beberapa video ulasan dan promosi produk sering mendapat perhatian netizen terutamanya apabila membuat promosi makanan bersama suaminya Ijoy. Telatah lucu beliau yang cukup mencuit hati amat disenangi oleh para peminat. Beliau yang juga merupakan kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah itu juga turut aktif di media sosial dan sering berkongsi aktiviti bersama para peminat.

Hasil perkongsian hidup berdua, Shiera dan Ijoy mempunyai 5 orang anak yang kini sedang dalam fasa meningkat remaja. Shiera kini selesa dengan tugas sebagai penyampai radio Sinar.

Ramai yang sedia maklum dengan ragam suaminya yang sentiasa kelihatan berselera semasa menikmati juadah yang diberikan kepada mereka untuk di promosikan.

Pasangan suami isteri tersebut membuatkan produk yang di promosikan mendapat maklum balas positif daripada para peminat.

Terkini Sheira memuatnaik sebuah video di instagram untuk mempromosikan baju wanita. Petah bercakap untuk mempromosikan baju berkenaan, rupa-rupanya suaminya Ijoy hanya berada bersebelahan tanpa menghiraukan beliau yang sedang menggayakan baju tersebut.

Di akhir video tersebut Shiera berjalan di hadapan suaminya namun lebih melucukan apabila Ijoy langsung tidak menoleh apatah lagi menghiraukan Shiera yang sibuk berceloteh mengenai suaminya yang tidak memandang dirinya yang sedang menggayakan baju tersebut.

Muatnaik tersebut juga turut tertulis caption yang kelakar apabila Shiera berkata suami pasti merasa sejuk hati apabila tiada orang lain yang akan memandang isteri mereka sekiranya berpakaian longgar melainkan isteri jatuh longkang yang mengundang perhatian untuk orang ramai tengok.

Menjengah keruangan komen netizen berkata mereka merasa terhibur dengan apa jua perkongsian daripada Shiera yang sangat mencuit hati dan melucukan mengenai kehidupan beliau bersama suami dan anak-anak. Gelagat beliau dan suami pasti ada sahaja yang menghiburkan netizen.

Terhibur betul menonton perkongsian video daripada Shiera. Ada sahaja gelagat beliau dan keluarga yang mencuit hati para penonton. Anak-anak Shiera mempunyai minat yang cukup mendalam terhadap bidang seni sepertimana ibu bapa dan saudara mara mereka yang lain juga.

Satu keluarga memang mempunyai drah seni dan kini diwarisi oleh anak-anak mereka pula. Semoga anak-anak Shiera sehebat ibu bapa mereka juga apabila dewasa nanti.

Sumber : ig shieraijoy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!