“Pot0ng pendeklah janggut tu Nabil. Geli pula tengok” – Netizen

Menjadi seorang selebriti hiburan kini bukanlah sesuatu yang sukar untuk dicapai. Artis-artis baru kini kebanyakannya menggunakan platform media sosial seperti Instagram, Facebook dan sebagainya untuk menonjolkan diri dan dikenali ramai. Tetapi realitinya, menjadi seorang artis memerluukan komitmen tetap dan sukar apabila segala gerak-geri diperhatikan sehingga penampilan seseorang itu pun dipertikaikan oleh netizen.

Nama yang tidak asing lagi dalam industri tempatan, pelawak dan pengacara terkenal negara iaitu Ahmad Nabil bin Ahmad dengan nama ringkasnya Nabil Ahmad. Pengacara rancangan hiburan Meletop ini dahulunya adalah seorang penghantar surat sahaja dan kini hidupnya sudah berjaya hasil dari berkat titik peluhnya selama ini.

Sejak Nabil sudah berjaya mengerjakan ibadah haji di Mekah beberapa tahun yang lalu, Nabil dan keluarga kini dilihat mula mendekatkan diri dan mendalami ilmu agama dengan lebih baik lagi.

Ini dapat dilihat apabila isteri Nabil iaitu Nazirah Ayub yang dahulunya merupakan seorang pramugari kini sudah pun mula berhijab.

Penampilan Nabil kini juga kelihatan berbeza dari dahulunya apabila dia mula menyimpan janggut dan perkara ini telah ditegur oleh salah seorang netizen yang tidak senang dengan keadaan itu.

Tidak senang dengan komen yang diberikan oleh netizen tersebut, para peminat yang lain turut memberikan komen dan memberitahu bahawa ianya adalah salah satu sunnah dan tiada yang salah jika Nabil mahu menyimpan janggut sekali pun.

Walaupun begitu, ramai yang memberikan komen dengan mengatakan bahawa penampilan Nabil kini lebih berseri-seri dari dahulu dan turut mendoakan agar dia terus istiqamah untuk mempelajari ilmu agama.

Menegur penampilan seseorang dapat dianggap sebagai perbuatan yang kurang sopan untuk dilakukan. Netizen harus lebih waspada dan berfikir dahulu sebelum mngalkan komen.

Seronok tengok perubahan pada diri Nabil dan keluarga sekarang. Ini dapat dijadikan contoh tauladan untuk mereka diluar sana agar sentiasa memperbaiki diri kearah yg lebih baik lagi di masa hadapan.

Sumber: Instagram Nabil Ahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!