“Tuanku bercerita sendiri pglman sebyk 17 kali tmpuh pejalanan ivf, mmg menyaakitkn” – Siti Elizad

Anugerah terindah dan kebahagiaan terbesar yang dikurniakan kepada setiap pasangan yang  mendirikan rumahtangga pastilah anak yang lahir dari kandungan sendiri. Gmpar baru-baru ini tentang kenyataan yang telah dibuat oleh netizen dengan mengatakan salah seorang artis hiburan negara iaitu Siti Elizad dengan kenyataan yang kurang menyenangkan. Terkilan dengan perkara itu, Elizad telah membuat satu laporan polis terhadap individu tersebut.

Individu tersebut telah memuatnaik satu video yang mengatakan bahawa Elizad adalah mandul kerana masih belum mampu mengandungkan anak dari rahimnya sendiri. Bukan sahaja rakyat biasa, perkara ini ternyata telah mendapat perhatian Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong negara iaitu Tunku Azizah yang telah membuat panggilan telefon kepada Elizad.

Perasaan yang bercampur-baur dan seakan seperti bermimpi, Elizad masih tidak mampu mengungkapkan dengan kata-kata apabila Pemaisuri Agong telah memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Tuanku Pemaisuri Agong juga telah berkongsi dengannya bahawa sebelum itu baginda juga pernah menjalani rawaatan IVF sebanyak 17 kali sebelum dikurniakan cahaya mata.

Dengan pengalaman yang pernah ditempuh, maka baginda sangat faham dengan kesaakitan yang sedang dialami oleh Elizad sepanjang usahanya untuk mendapatkan zuriat dengan menjalani berbagai rawatan di klinik dan hspital.

Terharu dengan sikap prihatin Tuanku Pemaisuri Agong terhadap sesama wanita, warganet dan para peminat dari Elizad sendiri tidak putus-putus mendoakan keadaannya dan memberikan kata-kata semangat agar Elizad terus kuat dan berusaha mendapatkan cahaya mata suatu hari nanti.

Ramai diantara mereka yang menghadapi situasi yang sama seperti Elizad telah berkongsi pengalaman mereka di ruangan komen. Bukan sahaja Elizad, ternyata ramai wanita di luar sana juga masih menanti kehadiran permata dalam hidup mereka.

Disaat Elizad sedang sedih dan hampir putus asa dengan cemuhan yang diberikan netizen kepadanya, ternyata tindakan Tuanku Permaisuri Agong untuk menelefon Elizad sendiri telah menguatkan  kembali semangatnya untuk terus berusaha.

Tidak semua orang diberikan rezeki dan kelebihan yang sama untuk memiliki anak. Semoga Elizad sentiasa diberikan ketabahan dan kekuatan agar dia mampu menjalani perawatan IVF dengan lancar.

Didoakan agar Elizad dan wanita diluar sana yang masih menanti kehadiran cahaya mata sebagai penyeri dipermudahkan dan dimakbulkan oleh Allah.

Sumber: Instagram Elizad Sharifuddin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!