“Hadiah terbaik utk suami ialah isteri solehah”- Netizen

Pelakon jelita Anzalna Nasir rasanya sudah agak lama menyepi dari dunia lakonan kerana ingin memberikan tumpuan terhadap keluarga dan anaknya Mohamad Eidress. Pelakon jelita ini telahpun mendirikan rumahtangga bersama Hanif Zaki sekitar tahun 2016. Setelah hampir tiga tahun pasangan ini berkahwin, mereka akhirnya mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung lelaki pada bulan Mei 2019.

Anak Anzalna iaitu Mohamad Eidress di lahirkan pada tanggal 31 Mei 2019. Kelahiran cucu lelaki itu sangat di nantikan oleh keluarga Anzalna kerana bapanya ingin merasa menimang anak lelaki kerana adik-beradik Anzalna semuanya perempuan.

Di awal pembabitan Anzalna dalam dunia hiburan, Anzalna merupakan salah seorang finalis di dalam pertandingan Dewi Remaja. Beliau seangkatan dengan beberapa lagi nama besar dalam dunia hiburan iaitu Ramona Zamzam, Syatilla Melvin, Izara Aishah dan juga usahawan dan pengacara terkenal Neelofa yang juga merupakan juara Dewi Remaja pada tahun tersebut.

Terkini, menjengah ke Instagram peribadi pelakon jelita tersebut, Anzalna telah berkongsi sekeping gambar dirinya memakai tudung. Menguatkan lagi bahawa berhijab bakal menjadi penampilan terbaru dirinya adalah perkongsian video terbaru Anzalna bersempena hari ulang tahun kelahiran suaminya.

Anzalna telah membuat kejutan dengan merubah penampilan dirinya dengan memakai hijab. Anzalna juga telah berkongsi video berkenaan menerusi Instagram bersama para pengikut akaun Instagram beliau.

Pada permulaan video suaminya itu memakai penutup mata sehinggalah Anzalna muncul dengan berpakaian sopan menutup aurat dan memakai hijab di hadapan suaminya.

Hanif terkejut melihat penampilan sopan isterinya itu dan kemudiannya memeluk isterinya itu dengan penuh rasa kesyukuran. Para peminat pastinya gembira dengan berita berkenaan dan mendoakan yang terbaik buat selebriti jelita kesayangan mereka itu.

Video Anzalna tampil berhijab itu telah menerima sebanyak 303695 tontonan. Pelakon drama Memori Cinta Suraya  itu juga kelihatan sangat ayu dengan penampilan terbaru beliau yang menutup aurat dengan sempurna.

Berikut dikongsikan ucapan ulang tahun kelahiran buat suami Anzalna dan juga ucapan doa buat Anzalna semoga urusan pelakon tersebut di permudah serta istiqamah dengan keputusan beliau untuk berhijab.

“MasyaAllah..tabarakallah..alhamdulillah anzalna nasir semoga terus istiqomah ya..n menjadi bidadari syurga pd suami..aamiin..” – Netizen

Perkahwinan merupakan satu ibadah dan pasangan suami isteri juga saling melengkapi untuk membimbing antara satu sama lain mendekatkan diri dengan islam.Menjadi impian para suami untuk mendapat seorang isteri yang solehah.

Semoga keputusan Anzalna untuk berhijab ini bakal menjadi satu perjalanan baru buat pasangan ini dalam kehidupan rumahtangga mereka.

Sumber : ig anzalna nasir

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!