“Aik Lofa preggy ke, alhamdulillah”- Netizen

Sekali lagi netizen masih berteka-teki tentang status sebenar kandungan selebriti merangkap usahawan terkenal, Neelofa. Sebelum ini, beberapa video yang dikongsi Neelofa menerusi laman Instagramnya telah menampakkan bentuk baadannya yang kelihatan lebih berisi. Bahkan ramai peminat setia Neelofa masih ternanti-nanti berita gembira daripada selebriti kesayangan mereka setelah mendirikan rumah tangga pada bulan Mac lalu.

Terbaharu, pengikut Neelofa menerusi Instagram sekali lagi mngalkan komen pada salah satu posting Neelofa dan meneka status kandungan Neelofa apabila jelas kelihatan perutnya yang semakin membesar.

Posting video Neelofa sedang mempromosikan produk terbarunya di laman Instagram telah mencuri tumpuan peminatnya. Mata-mata peminat lebih tertumpu pada bahagian perut Neelofa.

Sementara itu, video yang dimuatnaik Neelofa itu telah menerima 144,000 tanda suka dan mencecah satu ribu komen. Rata-rata peminatnya memuji kecantikan Neelofa berniqab dan sempurna menutup aurat.

Tidak lupa juga, ramai mendoakan agar Neelofa sentiasa istiqomah dalam menyempurnakan amalan baiknya.

Sehingga kini, Neelofa dan suaminya Harris masih belum memberi sebarang pengumuman tentang berita kehamilannya. Dan pihak media lain juga belum menerima perkembangan terbaru daripada Neelofa sendiri.

Kita doakan semoga Neelofa dan suami dikurniakan zuriat tak lama lagi, InsyaAllah. Ramai dah teruja nk tengok anak sulung Neelofa dan PU Riz.

Sumber: Instagram Neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!