“Filter kuat sgt dh nmpk mcm kart0n” – Netizen

Rozita Che Wan dan Che Ta ialah seorang pelakon dan usahawan yang terkenal di Malaysia. Kehidupan Che Ta yang glamor sentiasa mendapat perhatian netizen. Apatah lagi dengan kehadiran anak perempuannya yang sangat comel iaitu Aisyah Dhia Rana yang sering mengundang rasa geram dalam kalangan netizen dek kerana gelagat kanak- kanak berkenaan yang saling tidak tumpah seperti mana ibunya Che Ta yang gemar bergaya.

Aaisyah dilahirkan pada 1 November 2014, anak kepada pasangan selebriti dan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin kini sudahpun kian membesar dan menginjak usia 8 tahun.

Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga bersama pelakon Zain Saidin pada Disember 2013 dan di kurniakan seorang anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana.

Rozita Che Wan atau lebih mesra di panggil Che Ta sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Beberapa hari lalu, Che Ta berkongsi beberapa keping gambar dan video yang memaparkan beliau dan dua orang adiknya iaitu Ayu Raudhah dan Rohaiza Che Wan  akan keluar negara untuk bercuti.

Menariknya percutian adik beradik Che Ta itu tidak di sertai suami dan anak- anak. Che Ta dan adik- adiknya mengambil peluang untuk meluangkan masa ‘me time’ bersama adik- adiknya ke luar negara selama 20 hari.

Menurut Che Ta, kesempatan untuk meluangkan masa bercuti keluar negara bersama adik- adiknya itu hanya berlaku setelah 15 tahun berlalu.

Che Ta juga tidak lupa merakamkan ucapan terima kasih beliau buat para suami yang memahami serta melepaskan isteri masing- masing untuk bercuti ke luar negara bersama adik- beradik.

Hampir 20 hari di negara orang, sudah pasti masing- masing sudah merindui keluarga dan suami yang berada di tanah air. Hantaran sebelum ini, Che Ta juga turut meluahkan rasa rindunya terhadap suami tersayang Zain Saidin.

Terkini menerusi satu perkongsian di Instagram Che Ta, beliau memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya dan adik beradik bakal mengakhiri percutian mereka di sana.

Menurut Che Ta, hari ini merupakan hari terakhir dan sudah semestinya tidak lain tidak bukan pastinya aktiviti membeli belah dan menikm4ti pemandangan cantik di negara orang menjadi aktiviti utama di hari terakhir.

Sepanjang berada di luar negara, Che Ta tidak lokek berkongsi di media sosial beberapa foto- foto menarik aktiviti yang di lakukan oleh beliau berlatar belakang tempat- tempat menarik yang di lawatinya di sana.

Malah, pakaian yang di sarung oleh Che Ta juga turut menarik perhatian netizen yang sentiasa menjadikan dirinya sebagai ikon fesyen dek kerana sikap Che Ta sendiri yang gemar bergaya.

Menjengah keruangan komen, bagaimanapun video yang di muatnaik oleh Che Ta itu ditegur netizen kerana wajah beliau yang kelihatan seperti kartun di sebabkan kesan applikasi filter menerusi telefon bimbit.

Malahan solekan tebal yang di kenakan oleh Che Ta juga turut menambahkan lagi kesan kartun berkenaan. Berikut di kongsikan komen- komen yang di tulis netizen.

Che Ta sememangnya di kenali sejak dahulu gemar memakai solekan tebal di wajah. Tambahan pula teknologi telefon yang semakin canggih juga penyebab kesan filter kartun berkenaan. Apa apa pun, memang cantik- cantik gambar Che Ta sepanjang kat luar negara tu. Banyak aktiviti menarik Che Ta buat bersama keluarga.

Memang pengalaman sekali seumur hidup lah orang kata. Terima kasih Che Ta sebab kongsikan di media sodial buat tatapan netizen yang tak mampu ke luar negara macam Che Ta.

Sumber: Instagram rozita che wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!