“Tahniah muridku, kamu dah pandai nyanyi”- Fadzli Zahari

Sebut saja pasal menyanyi, sudah tentu yang sukakan aktiviti tersebut, malah ramai juga yang jadikan iainya sebagai satu hobi dan bakat.  Dengan menyanyi saja boleh dijadikan satu kerjaya, malah profession yang membanggakan. Korang semua suka menyanyi tak ? Ada yang sering ke pusat karoake untuk menyanyi di sana.

Kalau sudah bergelar anak seni, kebanyakan mereka semua nya banyak talent, sekejap boleh berlakon sekejap boleh menyanyi. Dah nama pun anak seni, segala macam yang ada di dunia hiburan ni mereka harus catch up dan top up semua ilmu yang ada.

Ada dimuat naik video Yana Samsudin yang menyanyi di sebuah event, rata-rata sudah cukup mengenali beliau. Seorang pelakon yang sangat hebat suatu ketika dahulu. Walaupun sekarang tidak seaktif dulu, namun masih lagi famous dan mantain bakat yang sedia ada.

Moment ketika Yana menyanyi itu telah mencuri perhatian ramai netizen. Bukan main merdu lagi suara nya. Aishh, ni kalau penyanyi lain dengar, memang habis kena c4ras job diorang sebab Yana dah tunjuk bakat yang beliau ada, sangat merdu.

Rata-rata netizen semuanya teruja setelah mendengar suara lunak dan merdu Yana tu. Rasa macam nak repeat banyak kali.Kalau boleh nak request lagu penuh supaya boleh buat cover. Tapi, memang beliau mempunyai bakat dalam bidang nyanyian pun kalau sebelum ni.

Antara komen para netizen ialah “wewitt..jom kita duet”, “lama tak dengar sis nyanyi”, “calon next gegar vaganza”, dan sebagainya. Dan, yang paling melucukan adalah komen dari suami kesayangan nya iaitu Fadzil yang beri komen “Tahniah muridku, kamu dah pandai nyanyi”.

Amboi, jadi anak murid pulak ya Yana tu, bangga lah tu wife dah pandai nyanyi. Ni sebab hasil didikan suami ke macam mana ? Pasangan suami isteri ni ada saja telatah dan ragam mereka yang mencuit hati kita semua. Tak kering idea nak buat lawak.

Seolah-olah itu, Fadzil juga sempat memuji isteri kesayang nya. Sebagai suami isteri, kita mestilah selalu support dan sentiasa beri dorongan kepada isteri kita yang tercinta kan ? Kalau bukan kita, siapa lagi nak support mereka semua. Betul tak ?

Justeru, sebut saja pasal menyanyi, sudah tentu ramai yang suka melakukan aktiviti ini. Kadang tu time memasak pun kita boleh menyanyi tau. Bukan saja kena tunggu pergi karok, malah bila-bila masa, di mana-mana pun kita boleh lakukan aktiviti ini.

Sumber : Ig Yanasamsudin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!