“Eyy kenapa budak kecik tu dak2 tiktok sangaaatt” – Netizen

Pada zaman sekarang ini, bukan sahaja remaja tetapi kanak-kanak juga suka bermain dengan aplikasi Tiktok. Aplikasi tersebut menjadi ‘trending’ dalam kalangan remaja dan kanak-kanak pada zaman sekarang. Ianya seronok ditonton kerana ia membuat remaja dan kanak-kanak mengisi masa lapang mereka dengan menari atau berlakon di dalam aplikasi tersebut. Nak pula sekarang lebih digalakkan untuk duduk di rumah, ramai remaja dan kanak-kanak lebih menghabiskan masa melihat dan membuat video untuk konten tiktok mereka.

Begitu juga dengan penyanyi wanita tempatan kita, Adira Suhaimi dan anak-anaknya yang selalu meluangkan masa di rumah. Adira yang terkenal dengan lagu Pujaan Hati suka berkongsi aktiviti beliau bersama anak-anak dirumah.

Adira sudahpun punyai 3 orang cahaya mata bersama pasangannya. Anak sulung beliau, Anggrek sekarang dilihat sangat bijak dan seorang anak yang begitu ceria dan kelakar.

Baru-baru ini, Adira berkongsi sebuah video dimana beliau menunjukkan keletah anak sulungnya itu membuat tiktok.

Dilihat di dalam video Adira, beliau sedang melakukan video yang trending di dalam Tiktok sekarang bersama anaknya itu. Yang comelnya, keletah mimik muka anak sulungnya itu sangat mencuit hati netizen.

Netizen sangat teruja melihat keletah dua beranak ini dan menggelar anak sulung Adira itu sebagai budak-budak Tiktok.

Keletah anak-anak yang sebeginilah yang bukan sahaja menghiburkan hati kita sebagai ibu bapa, malah mereka yang melihat di dalam sosial media juga turut akan terhibur.

Selagi kita boleh merakam gelagat mereka sekarang, kita rakamlah kerana ia akan menjadi memori yang manis untuk kita lihat kembali pada masa akan datang.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!