“Bagi la peluang pelawak otai jadi juri, baru ngam rancangan lawak”- Netizen

Program lawak yang bersiaran saban tahun di saluran Astro iaitu Maharajalawak Mega tahun ini kembali sekali lagi menyerikan saluran televisyen itu. Maharajalawak Mega mengekalkan siarannya sebelum ini iaitu setiap hari Jumaat pada pkul 9 malam. Program lawak yang masih lagi mengekalkan hadiah wang tunai lumayan itu kali ini di barisi beberapa muka baru dan bergandingan dengan pelawak senior demi membentuk kumpulan lawak baru. Maharajalawak Mega telahpun bersiaran pada minggu pembukaan pertama malam tadi.

Program berkenaan bagaimanapun membuat kelainan kali ini apabila menjemput beberapa orang juri baru bagi memberikan komen dan penilaian buat para peserta pada tahun ini. Mengejutkan apabila barisan juri yang di tampilkan terdiri daripada para pelakon dan penyanyi.

Namun begitu, menerusi penilaian dan komen yang diberikan oleh para juri di minggu pertama malam tadi, respon para penonton dilihat kurang berpuas hati apabila komen-komen yang pihak juri berikan seakan terlalu umum dan kurang pengetahuan terhadap program lawak dan tidak dapat membantu untuk meningkatkan prestasi peserta di minggu hadapan.

Menerusi tinjauan yang dilakukan terhadap perkongsian gambar barisan para juri di Instagram astro gempak mengenai program Maharajalawak Mega berkenaan yang di siarkan malam tadi, para penonton telah mngalkan beberapa komen yang rata-ratanya mengkritik barisan juri dalam program berkenaan yang memberikan komen kurang membina buat para peserta.

Tidak kurang juga juri baru iaitu Sang Bara yang merupakan seekor patung naga yang turut memberikan komen dan juga markah buat para peserta. Sang Bara sangat tegas dalam penjurian malahan identiti Sang Bara juga sehingga kini menjadi teka teki kepada para penonton.

Menjengah keruangan komen pula, seperti yang telah pun dijangka, para penonton melempiaskan perasaan kurang berpuas hati menerusi ruangan komen di perkongsian gambar barisan juri berkenaan.

Para peminat tegar rancangan berkenaan juga turut mengkritik format baru program lawak tersebut daripada isu juri sehinggalah pemberiaan markah yang dilihat agak sama dengan format program ceria pop star sebelum ini.

Tidak terlepas menjadi bahan kritikan juga adalah barisan para peserta yang seperti kurang bersedia dalam memberikan persembahan malahan mereka juga kelihatan masih lagi mencari keserasian antara satu sama lain kerana pertama kali bekerjasama dalam satu kumpulan antara pelawak senior dan juga pelawak baru. Berikut antara komen- komen yang ditinggalkan netizen.

“bagi aku, sorry nak luah sikit, pemberian HA tahun ni x best langsung, ade mcm ceria popstar pun ade (3 wow), sampai dapat 1 HA pun ada, kalau dulu2 paling kesian 2 HA,

pliss tukar balik pemberian HA mcm dulu balik dan tukar juri yg takde kaitan langsung dengan lawak, ni pendapat aku la x tahula orang lain mcm mane…” – Netizen

“tu la..tp mlm musim ni mmg dh xkan sama seperti mlm zaman jozan, bocey,shiro,jambu, sepahtu,syj Dan nabil…mmg xleh lwn mlm zmn tu” – Netizen

“mmg kt malaysia xde pelawak veteran ke? nk blaja subjek matematik tpi pnggil cikgu sejarah. apo bondo eyhh” – Netizen

“Aku setuju apa yang Sang Bara cakap, walaupun agak sedikit, semua macam tak bersedia, macam semalam dapat tahu ada MLM, sorry to say, kebiasaanya aku excited bila first weeks, ni tengok lawak, juri pun macam slow je, sorry” – Netizen

“Kalau pelawak berjaya buatkan bukan pelawak ketawa sampai guling2 tu dikira pelawak berjaya. Jadi pengambilan juri bukan pelawak dikira tindakan wajar.

Kalau ambik pelawak sebagai juri, aku rasa maybe ada isu “bias” pilih kasih. Macam kita yg tgk persembahan tadi, kadang2 kita pun ada opinion lawak tu hambar. So win win situation. “ – Netizen

“Pndpt peribadi la..kumpulan bahaye tu..lucu mmng lucu. Tpi mcm noh hujan ckp la..nk gelak takut brdosa pula..bgi sy peserta gagap tu bukan tak layak dipentas MLM ni.

Cuma tidak sesuai..tkut org gelak bukan sbb jln crita tpi org gelak sbb gagapnya..thu kekurangan tu stu kelebihn tpi bukan utk diketawakan..rasa brsalah penonton nk tngk….pendpt peribadi jerr” – Netizen

Buat para peminat tegar program Maharajalawak Mega yang telahpun bersiaran hampir 10 tahun ini pastinya mereka juga merasa sedikit kecewa dengan perubahan mendadak dan kelainan yang dilakukan tahun ini.

Walaubagaimanapun masih terlalu awal untuk menilai pembaharuan berkenaan. Oleh itu, sama-samalah kita tunggu siaran pada minggu hadapan pula sama ada perubahan berkenaan membawa kearah positif mahupun negatif.

Sumber: ig astro gempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!