“Dia punya excited mengalahkan org nk sambut raya”-Netizen

Pengumuman oleh kerajaan sejak hari isnin bersamaan 11 Oktober yang lalu dalam memberikan kebenaran untuk merentas negeri telah memberikan kelegaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang selama ini menantikan berita gembira berkenaan. Sebagai rekod, hampir Sembilan bulan kerajaan melarang aktiviti berkenaan susulan peningkatan cvd yang naik mendadak awal tahun yang lalu. Namun begitu, rakyat juga masih lagi diingatkan agar tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran merentas negeri yang diberikan oleh kerajaan.

Ramai yang menyambut baik berita berkenaan kerana telah lama merindui keluarga masing-masing yang telah lama terpisah. Tidak kurang juga yang ingin meraikan hari istimewa orang tersayang dengan mengambil kesempatan untuk meluangkan masa dengan keluar bercuti.

Buat pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, pelakon Paskal itu juga tidak ketinggalan meraikan hari kelahiran isterinya itu dengan meluangkan masa untuk pergi bercuti ke Terengganu.

Namun begitu percutian keluarga berkenaan mencuri tumpuan para netizen apabila Hairul membuat keputusan untuk menggunakan perkhidmatan menyewa helikopter untuk ke pulau percutian yang popular di negeri Terengganu itu.

Menjengah keruangan Instagram anak perempuan kesayangan pasangan ini pula iaitu Alisa Aisyah Hairul Azreen, kelihatan si cilik berkenaan sangat gembira dapat meluangkan masa bermain di tepi pantai.

Menerusi caption yang ditulis di video Alisa berkenaan, percutian berkenaan telah memberikan pengalaman baru buat anak mereka yang kini telah berusia 2 tahun kerana itulah kali pertama Alisa dapat bermain di pantai, mandi laut dan bermain pasir.

Karakter manja dan gedik namun comel dan bijak membuatkan anak kedua pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sering memikat hati para peminat dan warganet yang cukup terhibur dengan keletah lucu anak mereka. Gelagat serta kelakuan Alisa yang comel membuatkan warganet merasa geram dengan si cilik itu.

Lagak Alisa yang melompat-lompat kegembiraan ingin bermain di pantai di sifatkan oleh netizen mengalahkan perasaan teruja untuk menyambut hari raya.

Warganet juga kegeraman melihat aksi comelnya itu. Sehingga kini, video kanak-kanak berkenaan teruja bermain pantai telah menerima hampir 500,000 jumlah tontonan. Berikut beberapa komen netizen yang ditinggalkan di ruangan komen entri tersebut.

Untuk rekod, Hairul dan Hanis telah mendirikan rumahtangga pada Jun 2015 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Yusof Iskandar pada 2016 dan Alisa Aisyah pada 2019.

Kehidupan pasangan ini dan anak-anak mereka menjadi perhatian netizen kerana sering berkongsi video aktiviti mereka bersama anak-anak buat tatapan para peminat di media sosial.

Kedua-dua anak kepada pelakon ini juga pernah memenangi Anugerah Top Meletop Era bagi kategori Si Cilik Meletop.

Anak pertama mereka iaitu Yusof Iskandar pernah memenangi anugerah itu pada tahun 2017 manakala anak kedua mereka iaitu Alisa Aisyah pula memenangi kategori yang sama pada tahun 2020.

Kedua-dua orang kanak-kanak itu mempunyai sebilangan pengikut yang besar di media sosial mereka dimana Yusof mempunyai seramai 2.7 Juta pengikut di Instagram pada usia hampir mencecah 5 tahun manakala adiknya Alisa Aisyah pula mempunyai seramai 1.2 Juta pengikut di Instagram pada usia hampir mencecah 3 tahun.

Keletah dan gelagat Yusof dan Alisa yang comel dan bijak sering mencuri tumpuan para peminat kepada pasangan ini.

Kehidupan keluarga pasangan ini sering menjadi inspirasi kepada pasangan yang telah berkahwin diluar sana untuk mengikuti jejak langkah mereka dalam membesarkan anak-anak.

Sumber: Instagram Alisa Aisyah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!