“Dari sblm kahwin dah dgr lagu ni, dah janji nk nyanyi sama2 thn lepas” – Shuib Sepahtu

Mesti masih ramai yang terkesan dan berasa sedih disebabkan oleh pemergian seorang penyanyi terkenal iaitu Allahyarham Siti Sarah. Walaupun beberapa bulan sudah berlalu, namun apabila terdengar berita mahupun khabar mengenai keluarga arwh, langsung terlintas di pikiran mengenai wanita yang hebat ini. Pemergian Siti Sarah benar-benar mngalkan kesan yang mendalam bukan sahaja pada ahli keluarganya, tetapi juga buat rakan-rakan artis serta para peminat beliau.

Namun rasa yang dialami oleh peminat arwh tidaklah setanding dengan apa yang dialami oleh Shuib, suami kepada allahyarham Siti Sarah. Bak kata pepatah Melayu, “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”. Apalagi setelah sudah banyak perkara yang dirancang untuk dilakukan bersama-sama namun terpaksa dilupakan.

Menerusi video pendek perkongsian Shuib, dia dan arwh Siti Sarah sepatutnya akan menyanyikan bersama-sama sebuah lagu yang berjudul “Sampai tua” namun tidak kesampaian setelah arwh pergi mngalkan Shuib terlebih dahulu.

Menurut Shuib, sebelum berkahwin lagi dia dan arwh sering mendengar lagu ini dan sudah berjanji untuk menyanyikan lagu ini bersama-sama pada tahun lepas tetapi disebabkan pandemik yang berlaku, ianya terpaksa ditundakan.

Lebih menyedihkan lagi apabila Shuib terpaksa menyanyikan lagu ini secara berseorangan tanpa arwh disisi.

Walaupun video pendek berserta lagu ini baru dikongsikan pada 20 jam yang lalu, namun ianya telah berjaya mengumpul sebanyak 306,896 tontonan dan 402 komen.

Rata-rata netizen turut berasa terharu dan sedih dengan caption posting Shuib ini sementara yang lain tidak lupa untuk memberikan kata-kata semangat buat Shuib agar sentiasa bersabar dan tabah dalam kehidupan. Ada juga yang mengaku masih mengingati arwh walaupun sudah berbulan dia pergi.

Shuib juga telah memuatnaik video yang bertarikh 16 Oktober 2019 di mana dia dan arwh masih bersama-sama mencipta lagu “sampai tua”.

Syukur kerana setelah sekian lama menunggu lagu ini untuk benar-benar siap, akhirnya pada hari ini, 15 Oktober 2021, lagu ini telah dikongsikan menerusi YouTube Shuib Channel.

“Dinda kau masih paling jelita, walau sekarang gigimu tinggal dua, hati senang, mata ku lapang”

Bait-bait indah diatas merupakan antara lirik yang terkandung di dalam lagu “Sampai tua” ini. Dengan alunan gitar akustik, memang enak sungguh lagu ini didengari.

Namun yang peliknya, hati min menjadi sayu dan hiba semasa mendengar petikan lagu ini. Mungkin disebabkan oleh lagu ini sepatutnya dinyanyikan oleh Shuib dan arwh tapi akhirnya tidak kesampaian.

Apa-apapun, tahniah buat Shuib kerana berjaya menyanyikan lagu “Sampai tua” setelah menunggu selama hampir 10 tahun. Semoga terus tabah dan kuat dalam hidup buat Shuib demi anak-anak. Buat para followers serta peminat Shuib pula, jangan lupa untuk mendengar lagu ini di YouTube Shuib Channel.

Sumber: Instagram Shuib

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!