“Kenapa aku tak tahuuu” – Ika Nabella

Pertunangan merupakan saat yang dinanti-nantikan buat pasangan yang telah lama bercinta. Apalagi bagi pasangan yang memang berhasrat untuk hidup bersama, pertunangan merupakan langkah yang akan membawa mereka ke fasa yang seterusnya iaitu alam perkahwinan. Tapi sebelum itu, sudah menjadi kebiasaan masyarakat Malaysia di mana ahli keluarga akan menilai dahulu teman lelaki atau teman wanita sama ada ‘berkelayakan’ ataupun tidak untuk dinikahi.

Makin-makin lagi buat para artis yang mempunyai ramai peminat, sudah tentu ianya akan menjadi gosip terhangat di pasaran sekiranya ada desas desus yang mengatakan bahawa mereka mahu bertunang ataupun berkahwin.

Seperti pelakon jelita Reen Rahim, baru-baru ini tular di media sosial tentang foto yang dimuatnaiknya sejak beberapa jam yang lalu.

Foto perkongsian Reen yang diajukan cincin itu menjadi tanda tanya bagi para peminat Reen lagi-lagi apabila foto tersebut tidak mempunyai sebarang caption.

Foto tersebut telah menghasilkan pelbagai spekulasi dan tekaan daripada netizen. Ada yang berasa sedih, gembira dan mengucapkan tahniah kepada Reen, malahan ada juga yang bertanggapan bahawa ini cuma adalah salah satu babak dalam drama terbaru yang dibintangi oleh Reen.

https://www.instagram.com/p/CVAqdhJvfe8/?utm_source=ig_web_copy_link

Walaupun foto tersebut baru dikongsikan pada 20 jam yang lalu, namun sudah berjaya meraih sebanyak 32,737 likes dan 198 komen.

Reen sebelum ini sering dilanda kontroversi disebabkan oleh cara pemakaiannya yang agak sksi. Pernah satu kali Reen dikecam oleh netizen kerana berpakaian tidak senonoh semasa sedang mengaji kitab suci al-Quran bersama dengan ibunya.

Reen yang sering menjadi perbualan hangat netizen disebabkan oleh kesksiannya sebenarnya seseorang yang memiliki hati yang kental dan kuat.

Sebelum ini, Reen ada mengongsikan posting mengenai pengalaman semasa Reen baru mengenali bidang seni dalam program realiti Pilih Kasih.

Menerusi perkongsian Reen, walaupun pada ketika itu ibunya seperti keberatan untuk melepaskan Reen kerana takut anaknya akan terpengaaruh dengan kegiatan negatif, namun Reen tetap berkeras dan tekad untuk terus bertahan dalam bidang yang dipilihnya ini.

Hasilnya sekarang Reen terkenal di seluruh pelusuk negara dan makin dikenali oleh orang ramai disebabkan juga oleh bakatnya dalam bidang lakonan.

“Kepada ibubapa insyaallah anak anak awak akan sentiasa dalam track yang betul bila die melalui hidup die dengan redha dan doa kalian. Dan pada korang yang baca tidak kira lah umur dah berapa, always be true to yourself, doa and follow your instinct,” ujar Reen.

Sumber: Instagram Reen

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!