“Ryan Bakery versi pompuan, cer jeling sikit dey”- Netizen

Setiap hari, ada saja ragam anak-anak kecil ni kan. Kita sebagai ibubapa pun tak larat juga kadang-kadang nak layan kerana mereka. Ada saja idea daripada mereka. Kadang tu ada juga perkara salah yang mereka lakukan, tapi tak boleh nak marah, sebab mereka tak tahu. Betul tak ?

Kita tidak memarahi mereka, cuma kita menasihati mereka agar tidak mengulangi kesalahan yang telah mereka lakukan di masa hadapan. Anak-anak ini ibarat kain putih, kitalah yang mencoraknya. Jadi, Ibu bapa haruslah mengajar mereka perkara-perkara yang baik sahaja.

Dan juga, memiliki anak-anak ini adalah penyeri hidup kita. Setiap hari, tengok anak-anak saja pun dah boleh membuatkan kita ni rasa sejuk hati. Dari sibuk bekerja, bila tengok anak kecil dengan gelagat mereka, terus akan rasa h1lang sebentar letih bekerja seharian.

Siapa di sini kenal keluarga Sharifah Shahirah atu lebih dikenali sebagai Kak Rara ? Rasanya, rata-rata sudah mengenali Kak Rara, tapi anak-anak nya, ada juga yang kita tak kenali. Semua nya comel-comel tau, macam Kak Rara jugalah.

Dengar nama Kak Rara pun kita dah sedia maklum akan perangai nya yang comel tu, inikan pula jika beliau bersama ahli keluarga nya tu. Lagilah masuk air semua nya. Bila mummy, daddy dan anak-anak bergabung, memang gelak tak berhenti.

Betul kan bak kat pepatah “Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi”. Sepertinya iainya sangat sesuai dengan telatah Kak Rara yang turut diwarisi oleh anak-anak nya tu. Kalau korang tengok ni mesti korang akan tergelak.

Ada dimuat naik video salah seorang anak perempuan nya kelihatan seperti seorang Tiktokers terkenal iaitu Ryan Bakery. Sebut saja nama Ryan, pasti korang dah tahu kan macam mana rupa beliau tiap kali muncul dalam klip video.

Haa, begitulah rupa kepada anak Kak Rara ni. Sebiji tau macam Ryan. Yang paling ketara nya kerana si kecil itu memakai bedak setepek di mukanya. Dengan berbaju kelawak nya, rambut pun dah macam Ryan. Tergelak dibuatnya.

Rata-rata netizen sangat terhibur dengan gelagat si kecil tu. Mana taknya, memang lawak tau. Bak kata mereka, ini adik Ryan ni. Mini Ryan. Mujur tak jeling je, kalau tak memang sebijik lah gaya seperti Ryan tau. Tergelak besar dibuat dik oi.

Sumber : Ig Shierijoy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!