“Pandai dah tu jaga baby”- Netizen

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap seisi ahli keluarga sudah pasti tidak sabar menunggu kelahiran ahli keluarga mereka yang baru atau bakal tiba. Bila tahu bahawa mereka bakal terima kelahiran baru sahaja, sudah pasti hati ini berbunga-bunga tak sabar nak tunggu ahli keluarga baru tersebut. Betul tak ?

Bukan saja ahli keluarga yang happy, malah seisi keluarga, adik-beradik, sanak-saudara semua nya happy menunggu kelahiran mereka semua. Korang semua mesti pernah merasakan hal yang sama kan ? Semua happy dan tak sabar nak tunggu kandungan 9 bulan tu, betul tak ?

Adik-beradik yang lain juga sangat happy nak tunggu kelahiran bakal adik nya. Kegembiraan tersebut dirasai bersama, ada yang siap praktis cara-cara nak jaga adik, cara-cara nak buatkan susu kepada adik mereka yang bakal tiba tu. Amboi, awal betul eh diorang semua praktis kan.

Ada dimuat naik video anak kesayangan kepada pasangan Fattah Amin dan juga Fazura yang  bernama Fatima Aisya. Rasanya semua sudah kenal akan keluarga kecil ini. Mana taknya, selalu saja menjadi keluarga kesukaan kepada para netizen sekalian. Ada saja ragam mereka sekeluarga ni.

Gelagat Nyamma yang sedang bermain dengan anak patung mainan. Tapi gayanya dah macam sedang mempraktikkan cara menjaga dan melayan “adik” nya. Haa, comel sangat tengok gelagat tu kan. Korang kalau tengok video tersebut pasti akan turut tersenyum.

Bak kata para netizen, Nyamma sedang mempraktikkan cara menjaga adik ke ? Bakal adik ? Heheh, amboi para netizen pun, tak sabar agaknya nak tunggu Nyamma ada adik ya. Lagipun, Nyamma pun dah macam ada ciri-ciri nak jadi akak. Hehe.

Mungkin korang juga pernah melihat anak-anak korang yang berperangai sebegitu, iaitu seolah-seolah mempraktikkan cara menjaga adik-adik mereka yang bakal tiba. Tapi, betul ke mummy kesayangan nya itu sedang mengandung ya ?

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik untuk mereka semua. Mana tahu ada rezeki, tak kisah lah kepada keluarga pasangan yang mana-mana pun, kita doakan yang terbaik untuk semua. Semoga kebahagiaan milik kita semua. Aamiin.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa gelagat Nyamma tersebut mendapat perhatian dari para netizen sekalian. Comel sangat tengok si budak kecil tu, tak sabar agaknya nak tunggu ahli keluarga baru. Betul tak ? Kita doakan yang terbaik ye untuk semua.

Sumber : Ig Sayangselaseh01

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!