“Sayang, ada org ckp i cantik tp sumpah i tak layan”- Netizen

Penampilan semestinya melambangkan identiti seseorang. Pakaian yang ringkas dan tidak terlalu sarat dengan perhiasan sudah cukup menunjukkan seseorang itu seorang yang sukakan minimal sahaja. Melihat selebriti di Malaysia, pelbagai penampilan mereka yang mencuri perhatian orang ramai. Tidak terkecuali, Selebriti Nora Danish pun popular dengan penampilan ringkas dan cukup minimalis.

Nora Danish sentiasa dengan penampilan ringkas namun pakaiannya sering menampakkan bentuk badan sehingga dikecam golongan netizen.

Meskipun usianya hampir 40 tahun dan bergelar ibu kepada dua cahaya mata, Nora masih kelihatan awet muda dan kecil molek orangnya.

Tak dinafikan, Nora antara selebriti yang sering dilanda kontroversi lebih-lebih lagi dengan penampilannya.

Baru-baru ini, Nora memuatnaik sebuah video yang menjadi perhatian ramai netizen. Penampilan Nora yang memakai baju serba putih dan kelihatan longgar membuatkan netizen suka melihatnya.

Pakaian Nora yang jelas tidak ketat dan tidak menampakkan bentuk badan itu juga telah menerima sebahagian komen positif daripada warga netizen.

Melihat video yang menunjukkan penampilan Nora itu, nampak manis dan sopan je ibu kepada dua orang anak ini.

Sementara itu, video Nora telah mencapai 712,000 tontonan sejak dimuatnaik baru-baru ini. Warga netizen pun turut membanjiri ruangan komen dengan memuji kecantikan semulajadi Nora.

Tidak terkecuali, suami Nora iaitu Boss Ned pun turut meninggaalkan komen mengusik isteri kesayangannya.

Beruntungnya Nora, cantik macam anak dara.. Tak sangka nora dah nak masuk 40an tapi muka macam umur 20an je.

Sumber: Instagram noradanish

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!