“Eii comelnya, tgh pikir knp ibu daddy ada kt atas pentas”- Netizen

Kita selalu lihat kebanyakan artis dan pasangan nya kedua-duanya adalah artis juga kan, begitu juga dengan penyanyi. Ini bermakna, anak-anak mereka mempuyai orang tua yang merupakan orang terkenal, betul tak ? Untung lah mereka, bukan biasa-biasa ye orang tua mereka, kalau dah ibu bapa mereka terkenal, anaknya pun pasti akan terkenal juga.

Begitulah dengan pasangan penyanyi terkenal iaitu Syamel dan Ernie. Haa, korang pasti kenal je kan pasangan comel dan serasi ni. Kedua-duanya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian yang sangat hebat.

Kalau mereka berduet tu, fuhh boleh naik bulu roma para pendengar.Bukan main merdu nya kedua-dua nya ni. Sebabtulah ramai yang akan excited bila mereka ni berduet. Kalau solo pun dah best, inikan pula berduet sebagai suami isteri.

Mereka kini sudah dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel. Bernama Khawla. Kalau korang tengok Khawla ni, pasti korang akan cakap si comel tu persis ibu nya Ernie. Memang gaya betul, comel sangat. Mini Ernie.

Baru-baru ini ada dimuat naik video Khawla yang seolah-olah tercengang di tengah-tengah crowd orang ramai. Aik, Khawla tengah fikir apa tu ? Ralik sangat pandang ke depan. Agaknya Khawla tengah buat apa eh ?

Sebenarnya Khawla tengah ralik menonton ibu dan daddy nya yang sedang membuat persembahan nyanyian.  Bak kata netizen Khawla tengah duk mikir kenapa ibu dan daddy nya ada atas pentas tu eh ? Diorang buat apa.

Ada juga yang konon nya mengatakan bahawa Khawla sedang berfikir bilalah agaknya dia boleh join ibu dan daddy nya menyanyi seperti itu ya ? Kena tunggu besar sikit lah. Tapi, mesti Khawla akan mewarisi bakat ibu dan daddy nya kan.

Jelas kelihatan ramai juga peminat Ernie dan Syamel ketika itu. Semua excited jumpa pasangan tersebut. Dahla persembahan yang diberikan sangat baik, tidak pernah mengecewakan para peminat nya. Setiap kali perfomance mereka, mereka akan berikan yang terbaik.

Tak sabar kan nak tunggu Khawla besar dengan cepat, lepastu boleh lah join ibu dan daddy nya buat persembahan di atas pentas. Mesti gempak tengok family Syamel ni. Dahla semua jenis masuk air dan sering buat lawak.

Sumber : Ig Syamel_official

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!