“Gitu je dia sambung sambil duduk”- Netizen

Aina Abdul atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani merupakan penyanyi yang sangat berbakat. Nama beliau di kenali menerusi program nyanyian Mentor. Aina sebelum ini merupakan protégé kepada Ratu Rock Malaysia iaitu Ella. Kini namanya semakin dikenali ramai dan semakin meningkat naik setelah berjaya melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu tahun lalu.

Aina Abdul juga merupakan juara pertandingan Masked Singer musim pertama di Malaysia. Selain dikenali kerana bakat besar yang dimiliki oleh pemilik nama Aina Abdul ini, fesyen yang digayakan oleh beliau juga sering kali mendapat perhatian para netizen.

Aina juga sangat berani untuk bereksperimen dengan fesyen. Aina sanggup memakai pakaian yang unik dan bersedia menerima apa sahaja kritikan daripada netizen terhadap penampilan beliau.

Keberanian beliau itu menyebabkan ada segelintir netizen yang melabelnya sebagai kembar Didie Alias kerana penyanyi berkenaan seolah- oleh mengikuti jejak langkah pelakon senior Didie Alias yang gemar tampil dengan imej pelik dan unik apabila menghadiri sesuatu acara besar.

Sebagai seorang penyanyi, Aina juga sangat aktif di akaun media sosial. Segala aktiviti berkaitan kerjaya seni beliau akan di kemaskini menerusi Instagram peribadinya.

Akaun media sosial itu juga menjadi platform untuk beliau berkomunikasi dengan para peminat. Sehingga kini Instagram peribadi beliau itu telahpun mencecah sebanyak 465,000 ribu orang para pengikut.

Bercerita lanjut mengenai aktiviti seni beliau, menerusi perkongsian terkini di Instagram salah seroang peminat Aina, hantaran terbaru memaparkan video Aina menyambung lirik lagu yang di nyanyikan oleh Hael Hussaini sambil duduk secara santai di sebuah acara.

Hael pada mulanya menyanyikan lagu berkenaan namun kemudiannya memberikan mikrofon kepada Aina supaya Aina dapat menyambung lagu tersebut.

Aina yang mempunyai suara dan vokal yang sangat bertenaga menyanyikan lagu berkenaan dengan bersahaja sambil duduk di tempat duduk penonton telah menerima tepukan yang gemuruh daripada para penonton yang lain.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen mengagumi bakat nyanyian yang di miliki oleh penyanyi berkenaan. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Terdahulu, Aina Abdul atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani merupakan penyanyi yang sangat berbakat. Nama beliau di kenali menerusi program nyanyian Mentor.

Aina sebelum ini merupakan protégé kepada Ratu Rock Malaysia iaitu Ella. Kini namanya semakin dikenali ramai dan semakin meningkat naik setelah berjaya melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu tahun lalu.

Sumber: ig super ainatic

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!