“Apa ni, beranak ke tak” – Netizen

Pada hari pertama umat islam menyambut ketibaan Ramadhan bulan lalu, pelakon Anzalna Nasir telah berkongsi berita gembira bersama para peminat beliau mengenai kehamilan kedua yang telahpun mencecah 8 bulan. Pelakon berkenaan di jangka akan bersalin anak kedua pada 31 Mei namun begitu, ketika hadir ke h0spital untuk sesi rutin ‘monthly checkup’ ibu mengandung, Anzalna bagaimanapun telah melahirkan anak keduanya itu pada 20 Mei yang lalu.

Meskipun tidak menjangkakan proses kelahiran anak kedua secara tiba- tiba itu namun beliau tetap berkongsi berita gembira berkenaan bersama para peminat di media sosial.

Sebagai rekod, pelakon jelita ini telahpun mendirikan rumahtangga bersama Hanif Zaki sekitar tahun 2016. Pasangan sama cantik sama padan ini menerima zuriat pertama mereka pada bulan Mei 2019 setelah hampir tiga tahun berkahwin.

Anak Anzalna iaitu Mohamad Eidress di lahirkan pada tanggal 31 Mei 2019. Kelahiran cucu lelaki itu sangat di nantikan oleh keluarga Anzalna kerana bapanya ingin merasa menimang anak lelaki memandangkan adik-beradik Anzalna kesemuanya adalah perempuan.

Menyingkap kehidupan peribadi pelakon jelita itu, sejak bulan September tahun lalu Anzalna telahpun membuat keputusan untuk mengenakan hijab. Beliau mengambil keputusan untuk berhijrah dan memperbaiki penampilan diri sebagai hadiah paling istimewa pada hari lahir suaminya.

Anzalna turut berkongsi momen gembira yang memaparkan kenangan indah beliau tampil berhijab sebagai hadiah buat suaminya itu telah menerima respon yang sangat positiif daripada para pengikut akaun Instagram beliau.

Pada permulaan video berkenaan suaminya itu memakai penutup mata sehinggalah Anzalna muncul dengan berpakaian sopan dan memakai hijab di hadapan suaminya.

Suami Anzalna iaitu Hanif Zaki terkejut melihat penampilan sopan isterinya itu dan kemudiannya memeluuk isterinya itu dengan penuh rasa kesyukuran.

Menjadi impian para suami untuk mendapat seorang isteri yang solehah. Malahan ramai yang sebak terhadap hadiah istimewa Anzalna buat suaminya itu yang ingin menjadi seorang isteri yang solehah. Netizen dan peminat terutamanya turut mendoakan semoga Anzalna istiqamah dalam memperbaiki penampilan beliau itu.

Setelah genap 7 hari kelahiran anak kedua, terkini Anzalna telah mendedahkan wajah anak dan mengumumkan nama anak kedua beliau di laman instagram.

Anzalna dan suaminya membuat pengumuman setelah 7 hari kelahiran anak kedua itu kerana mahu mengikut Sunnah Nabi. Menurut Anzalna anak kedua beliau itu di namakan Mohamad Emirhan Mohamad Hanif yang bermaksud “Princely Ruler”

Kongsi Anzalna lagi, anak sulungnya itu sememangnya mahukan adik lelaki memandangkan keluarganya mempunyai lebih ramai perempuan. Tambahan pula sepupu semuanya perempuan.

Anzalna melahirkan Mohamad Emirhan pada 20 Mei lalu melalui kaedah pemb3dahan namun ketika itu belum mendedahkan jantina anaknya kerana mahu memberikan kejutan buat ahli keluarga yang sedang bercuti di Eropah.

Sebagai ibu, tiada lain yang menjadi doa beliau melainkan dapat melihat anak membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar berjaya dunia dan akhirat.

Menjengah keruangan komen, ramai netizen yang memuji wajah pelakon ini yang masih kekal jelita dan segar. Malahan beberapa gambar Anzalna ketika majlis berkenaan menyerlahkan lagi kejelitaan wajah pelakon ini sehingga tidak menampakkan dirinya yang sedang menjalani proses berpantang.

Ada juga netizen yang seolah- olah tidak percaya bahawa Anzalna baru sahaja selesai bersalin anak kedua memandangkan beliau sentiasa kekal cantik tidak seperti kebiasaan wanita berpantang.

Ruangan komen pelakon jelita itu juga di banjiri ucapan tahniah daripada rakan- rakan artis yang juga turut mendoakan kebahagiaan serta kesejahteraan pelakon tersebut bersama keluarga.

Dalam pada itu, ramai dalam kalangan netizen terpesona dan kagum dengan anak kedua Anzalna itu yang mempunyai hidung yang dalam keadaan mancung walaupun baru berusia tujuh hari. Anzalna juga dipuji kerana tidak menyorokan wajah anak beliau daripada para peminat.

Sumber : ig anzalna nasir

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!