“Eh bukan Khawla kata dia nak jadi gimnas ke” – Netizen

Pasangan suami isteri yang mempunyai vokal lantang iaitu Ernie Zakri dan Syamel merupakan antara pasangan penyanyi yang sangat di segani dalam industri hiburan. Sebagai rekod, Ernie dan Syamel berkenalan setelah menyertai sebuah pertandingan nyanyian iaitu Duo Star. Gandingan Ernie dan Syamel dalam pertandingan nyanyian tersebut cukup serasi sehingga membuahkan bibit cinta antara mereka berdua.

Ernie Zakri dan Syamel telah mendirikan rumahtangga sehari pada 26 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Khawla Soleha yang kini berusia hampir 1 tahun.

Umum mengetahui, Ernie atau nama sebenar beliau Nur Ernie Shahirah juga merupakan anak saudara kepada penyanyi terkenal Ziana Zain dan Anuar Zain. Ernie memulakan kerjaya seninya setelah merangkul juara bintang RTM.

Sementara itu, Syamel atau nama sebenar, Syameel Aqmal Mohd Fodzly pula merupakan salah seorang peserta akademi fantasia. Sifat lucu pasangan ini sering mencuit hati para peminat malahan hubungan cinta kedua -duanya juga di restui oleh para peminat sehingga membawa ke jinjang pelamin.

Terbaru menerusi perkongsian terkini di instagram penyanyi tersebut, Syamel telah memuatnaik satu video yang memaparkan beliau dan isterinya Ernie di dalam kedai permainan kanak- kanak dan sedang memilih permainan yang sesuai untuk di belikan buat anak mereka.

Di permulaan video, Ernie bertanyakan kepada Syamel mengenai kerjaya yang bakal di pilih oleh anak mereka apabila dewasa kelak.

Syamel selaku bapa menasihati isterinya itu supaya tidak memaksa dan sentiasa menyokong pilihan anak mereka. Syamel juga berkata supaya jangan sesekali memaksa anak mereka untuk memilih kerjaya yang bukan kemahuannya.

Bagaimanapun Syamel kemudiannya membuat ‘plot twist’ apabila kemudianya mengambil mainan berbentuk set karoke untuk kanak- kanak sebagai hadiah buat anak mereka itu. Tindakan Syamel itu ternyata mengejutkan Ernie.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen berkata video berkenaan menghiburkan apatah lagi dengan reaksi wajah dan mimik muka Syamel yang begitu meyakinkan namun akhirnya membuat kejutan ‘plot twist’ yang tidak di jangka.

Bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya, begitu jugalah yang boleh di sifatkan mengenai tindakan Syamel apabila menghadiahkan set karoke mainan sebagai hadiah kepada anak mereka. Minat perlulah di pupuk sejak dari kecil lagi, betul tak. Berikut di kongsikan pula komen- komen netizen.

Walaupun penuh dengan kiasan namun tindakan Syamel seolah menyatakan hasrat beliau yang mahu anak perempuannya Nur Khawla Soleha untuk mengikuti jejak langkah beliau dan isterinya menjadi seorang penyanyi dan penghibur seperti kedua ibu bapanya.

Sebagai rekod, pasangan suami isteri ini pernah memenangi anugerah vokal terbaik dalam pertandingan anugerah juara lagu sebelum ini.

Pasangan penyanyi ini juga pernah beberapa kali tercalon sebagai peserta dalam pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu. Sekiranya ada rezeki, mudahan rezeki Khawla pula menyambung legasi pasangan suami isteri ini menjadi pelapis dalam industri muzik suami hari nanti.

Sumber: ig syamel_ official

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!