“Pandai Fatima makan sendiri, geram nya tengok dia comel sgt”- Netizen

Setiap ibu bapa sudah pasti akan gembira tiap kali tahu progress anak-anak mereka. Tetapi, dalam senyap, sudah pasti mereka akan terasa sebaknya juga bila perasan anak mereka sudah pun semakin meningkat dewasa. Lebih-lebih kalau yang masih kecil, tiba-tiba sekarang dah pandai berjalan. Apa perasan korang semua ?

Seronok juga kalau anak-anak sudah pun pandai buat semua menda sendiri, dapatlah ringan kan sikit tugasan kita. Anak-anak dah boleh berdikari, mestilah kita happy tengok diorang dah ada progress sendiri kan.

Kali ini, ada dimuat naik video anak kesayangan kepada Fattah dan Fazura yang bernama Fatima Aisya atau lebih dikenali sebagai Nyamma. Budaknya yang sangat comel dan bijak. Sudah pasti menjadi kesukaan aunty-aunty semua dekat luar sana.

Video di mana Nyamma yang sedang makan, dah pandai Nyamma makan sendiri, suap sendiri,dan yang paling penting, Nyamma minum favourite juice dia sendiri tau, wahh bukan main lagi dia minum jus kegemaran dia eh.

Netizen semua pun semuanya teruja dan happy melihat progress Nyamma tu. Bukan main lagi lagaknya macam orang dewasa dah pandai makan dan minum sendiri, mesti mummy happy je tengok Nyamma dah pandai berdikari.

Pun begitu, si budak kecil ni sangat pandai berborak. Ada saja telatah nya yang menghiburkan hati kita semua. Bukan main lagi berborak macam gaya orang besar tau, seronok tengok gaya Nyamma berborak.

Walaupun Nyamma ni seorang yang sangat manja, tapi dalam manja nya sudah pandai berdikari juga tau. Bukan jenis nak harapkan mummy dengan daddy dia je buat itu dan itu. Pandai sangat budak kecil ni. Bukan main macam orang dewasa lagi eh.

Antara komen netizen ialah “Suka tengok Fatima ni kecil dah pandai minum dan makan sendiri. Akan tetapi sekali sekala ibu bapa mesti suapkan anak supaya anak lebih keakrapan dan penuh kasih sayang dengan ibu bapanya”.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa setiap ibu bapa pasti akan merasa teruja dan gembira apabila melihat anak-anak mereka kini sudah pun membesar dan pandai berdikari buat itu dan ini. Yang paling penting, semoga mereka membesar dengan sihat.

Sumber : Ig Lovelyfatima._

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!