“Harini calon menantu naik stage” – Alif Satar

Siapa saja yang tidak ingin bermenantukan anak dari penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Siti Nurhaliza ini. Bukan sahaja mewarisi kecantikan dari ibunya yang sangat terkenal dengan kemanisan dan kecantikan semula jadi sejak dari dulu sehingga sekarang. Puteri pertama dari pasangan Dato Siti dan Dato Khalid ini mungkin dapat menjadi pelapis dan pengganti yang mempunyai suara emas seperti ibunya pada masa hadapan kelak.

Baru-baru ini, Dato Siti dan suami telah mengadakan rumah terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri. Rumah terbuka yang diadakan disambut dengan meriah dengan kehadiran ramai artis tempatan serta rakan dan keluarga terdekat.

Turut hadir adalah pengacara dan penyanyi terkenal iaitu Alif Satar yang turut memenuhi undangan dari Dato Siti. Memiliki hubungan yang rapat serta pernah menjadi rakan duet bersama di pentas, tidak sangka bahawa sebenarnya Alif Satar telah memendam hasrat besar di dalam hati.

Mendirikan rumahtangga pada 2016 lalu, Alif Satar kini telah dikurniakan tiga cahaya mata yang comel iaitu Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan seorang putera iaitu Muhammad Ali.

Anak bongsunya iaitu Muhammad Ali berumur jarak setahun dari puteri Dato Siti iaitu Aafiyah. Hasrat di dalam hati yang terlihat pada foto yang dikongsikan, ternyata Alif Satar mengimpikan untuk bermenantukan anak pertama kesayangan keluarga terkenal dari penyanyi nombor satu negara itu.

Gambar yang dikongsi oleh Alif Satar di laman Instagramnya telah dibanjiri dengan komen dari netizen dan peminat Dato Siti sendiri.

Mata Alif yang sememangnya tertumpu tajam kepada Siti Aafiyah di atas pentas itu telah dikongsi bersama peminat dengan kapsyen yang mengundang komen ramai. Alif Satar ketika itu pastinya geram melihat gelagat dan kelakuan lucu dari Siti Aafiyah sehingga tidak mampu mengalihkan pandangan darinya.

Ramai yang memberi sokongan dan pujian positif terhadap Alif yang dikatakan bijak membuat pilihan. Peminat dan netizen juga terhibur dengan kapsyen yang membahasakan Siti Aafiyah sebagai calon menantu. Ramai mereka juga turut mendoakan agar harapannya itu akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Angan-angan tiada salahnya kan. Kalau tiada jodoh pun, mungkin masa hadapan nanti Ali dan Aafiyah dapat menjadi rakan duet dalam nyanyian sama seperti Alif Satar dan Dato Siti.

Sumber: Instagram Alif Satar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!