“Dont give up Aleesya, ada ank dara tua bangka pun xtau msk nasi tahu mkn je” – Netizen

Engku Aleesya merupakan anak perempuan tunggal kepada Erra Fazira dan bekas suaminya Engku Emran. Erra Fazira atau nama sebenar beliau Fazira Wan Chek merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan di Malaysia. Selain berlakon, Erra juga merupakan seorang penyanyi dan model. Wajah Erra banyak membintangi filem-filem melayu sehingga beliau mendapat gelaran Primadona Malaysia.

Menyingkap sisi peribadi primadona ini, Erra pernah mendirikan rumahtangga bersama Yusry Kru namun rumahtangga mereka tidak kekal lama. Beliau kemudiannya mendirikan rumahtangga bersama Engku Emran. Namun rumahtangga Erra bersama Engku Emran juga tidak bertahan lama apabila membuat keputusan untuk berpisah pada 2014.

Hasil pernikahan bersama Engku Emran, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak tunggal perempuan bernama Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun dan telahpun meningkat remaja. Menerusi media sosial, Erra sering berkongsi aktiviti beliau bersama anak kesayangannya itu.

Adakalanya Erra berkongsi video tiktok beliau bersama anaknya. Engku Aleesya yang kini meningkat remaja ternyata mewarisi kejelitaan ibunya itu. Video dua beranak berkenaan sering mencuri perhatian netizen yang sangat tertarik dengan kejelitaan dimiliki mereka berdua sehingga mendapat ratusan ribu tanda suka dan jumlah tontonan.

Memuatnaik satu video di instagram, Erra berkata hatinya berbunga apabila anaknya Aleesya menawarkan diri untuk memasak nasi. Ibu mana yang tidak gembira apabila anak dara sudah mula menunjukkan minat ke dapur dan berkongsi tanggungjawab membantu meringankan beban ibu dalam membuat kerja rumah.

Menurut Erra lagi, beliau menunggu dengan penuh debaran untuk melihat hasil nasi yang dimasak oleh Aleesya. Bagaimanapun Erra berkata anaknya itu terlupa untuk masukkan air ke dalam periuk dan hanya memasak beras kering.

Kongsi Erra lagi menerusi caption di entri berkenaan, pada awalnya Aleesya begitu bangga kerana sudah pandai masak nasi namun perkara sebaliknya berlaku.

Walaupun Erra mengusik anak kesayangannya itu namun beliau juga tidak putus memberikan semangat untuk Aleesya cuba lagi dan tidak paatah semangat.

Pada awalnya Aleesya tidak mahu ibunya untuk merekodkan kejadian berkenaan namun Erra berkata kejadian tersebut sangat mencuit hati dan akn menjadi kenangan manis buat dirinya. Di sebabkan itu beliau mahu merakamkan kenangan tersebut untuk diingati nanti.

Erra kemudiannya meminta Aleesya menceritakan kembali apa sebenarnya yang telah berlaku. Aleesya berkata beliau sebenarnya hanya terlupa untuk memasukkan air kedalam periuk. Di sebabkan itulah nasi menjadi kering. Apabila diusik lagi oleh ibunya Aleesya hanya tersenyum malu.

Video berdurasi beberapa minit itu memaparkan kedua beranak itu akhirnya terpaksa menikmati nasi lemak pada hari itu. Sebagai ibu, Erra merasa teruja apabila Aleesya menawarkan diri mencuba perkara baru dalam hidupnya.

Walaupun baru sahaja berusia 12 tahun namun Aleesya sudi untuk belajar memasak. Sehingga kini video tersebut telah mendapat 72,682 tanda suka dan 1503 komen daripada para netizen.

Menjengah keruangan komen, para peminat tidak putus memberikan sokongan kepada Aleesya dan memujuk Aleesya supaya menjadikan pengalaman berkenaan sebagai pengajaran manis buatnya nanti.

Berikut dikongsikan juga beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen di entri tersebut.

Jangan bersedih Aleesya masih jauh lagi perjalanan Aleesya. Sebagai contoh netizen juga berkata masih ada juga gadis yang belum tahu masak nasi walaupun usia sudah menjangkau lebih 24 tahun apaatah lagi pula Aleesya yang hanya baru berusia 12 tahun.

Semoga selepas ini Aleesya tak paatah semangat untuk mencuba lagi selepas ini ye.

Sumber : ig erra fazira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!