“Usaha, jgn pemaalas harap bantuan bendera putih je” – Dato Seri Vida

Kempen bendera putih adalah kempen yang telah dilaksanakan oleh rakyat bagi membantu sesama sendiri dan memastikan setiap orang mendapat bekalan makanan dan minuman secukupnya bagi meneruskan kelangsungan hidup. Ramai diantara mereka diluar sana yang terjejas dan terkesan dengan keadaan negara sekarang yang memaksa mereka untuk duduk di rumah sehingga tiada punca pendapatan.

Nama besar Dato Sri Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan nama Dato Seri Vida ini memang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kepada orang ramai. Kemewahan dan kejayaan hidup yang sering dipamerkan kepada orang ramai membuat dirinya sering mendapat perhatian dan liputan media.

Akan tetapi video baru yang telah dimuatnaik olehnya ini telah mengundang sensitiviti terhadap para netizen yang betul-betul terkesan dengan pelaksanaan PKP di negara ini.

Dia telah membuat video tersebut di satu gerai yang telah dikunjunginya dan menjadikan peniaga tersebut sebagai contoh untuk terus berusaha.

Dato Seri Vida juga berkata bahawa orang ramai tidak patut menjadikan PKP sebagai alasan untuk meminta sumbangan dan harus berusaha sendiri demi membeli barang keperluan tanpa mengharapkan orang lain.

Berang dengan kenyataan yang diberikan oleh Dato Seri, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan itu malah mengatakan Dato Seri Vida sebagai orang yang s0mbong dan berlagak dengan kekayaan yang diberikan.

Ada juga yang mengatakan bahawa jika satu gelang besar milik Dato Seri dijual pun mampu memberi sumbangan kepada lebih 200 orang yang benar-benar memerluukan.

Pada waktu gentir ini, tidak dinafikan rakyat biasa ramai yg terjejas dan terkesan kerana kebanyakan syarikat kini juga telah membuang banyak pekerja.

Mereka akhirnya terpaksa meminta sumbangan sebagai jalan akhir kepada masalah itu setelah simpanan semua telah habis digunakan.

Diharap Dato Seri Vida akan lebih berhati-hati selepas ini sebelum mengeluarkan kenyataan di laman sosial supaya tidak disalah anggap dan menerima komen negatif dari para netizen.

Sumber: Instagram Dato Seri Vida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!