“Jaga mami nanti malam cakap sendiri nanti” – Netizen

Tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa sekalipun, jika terpaksa duduk di rumah selama berbulan lamanya pasti akan berasa bosan kerana tiada banyak perkara yang boleh dilakukan. Jika dahulu aktiviti seharian banyak dihabiskan di luar rumah seperti beriadah dan makan angin, tetapi kini orang ramai terpaksa mencari hobi baru yang dapat dilakukan di dalam rumah sahaja.

Baru-baru ini tular tentang permainan kaktus yang boleh bercakap dengan pemiliknya. Bukan sahaja orang biasa, artis juga tidak ketinggalan untuk membeli patung tersebut bagi mengisi masa lapang di rumah seperti pelakon wanita hebat negara yang satu ini iaitu Didie Alias.

Didie Alias telah memuatnaik satu video baru lucunya bersama patung tersebut yang telah menarik perhatian para netizen dan juga rakan artis yang terhibur dengan tingkah lakunya. Setiap negeri pasti mempunyai loghat bahasa yang tersendiri.

Didie Alias merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan dan dia menggunakan loghat bahasanya untuk bercakap dengan patung tersebut yang telah menambah lucu pada video tersebut.

Sebelum ini pernah tular video tentang patung tersebut yang boleh bercakap sendiri pada waktu malam walaupun bateri tidak dipasang dan tiada siapa yang mengajaknya bercakap. Ada netizen yang mengingatkan Didie tentang perkara itu tetapi ia hanya sekadar gurauan semata.

Musim-musim PKP ini memang ramai diantara mereka yang duduk di rumah juga bekerja dari rumah. Netizen mengakui video dari Didie ini telah menghibur hari mereka setelah menghadapi pelbagai tekanan di rumah terutamanya kerja.

Didie Alias bukan di televisyen sahaja selalu menghiburkan orang ramai dengan lakonanannya yang hebat dan lawak yang lucu. Ternyata di media sosial pun selalu menghiburkan para peminat dan netizen lain.

Sumber: Instagram Didie Alias

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!