“Sembang taaik la. Kau dah takde duit tu cakap je la, nak malu apa” – Netizen

Tidak dinafikan dikala arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diarahkan oleh kerajaan sekarang telah memberi impak dan kesan yang besar kepada rakyat. Ramai diantara mereka yang hiilang punca pendapatan, dikelilingi hutang hingga ada yang terputus bekalan makanan. Bukan sahaja orang awam, artis juga tidak terkecuali dalam mencari berbagai langkah untuk turut sama membantu.

Pelakon hebat Mohd Shafie Naswip atau lebih dikenali sebagai Syafie Naswip telah mencari cara bagaimana untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerluukan diluar sana. Mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak kecil lagi, bakat besarnya itu telah melayakkan dirinya memenangi pelbagai anugerah dan menerima trofi kemenangan.

Bagi meraih dana untuk membantu, dia mengambil keputusan untuk menjual semua trofi yang pernah dimenanginya itu serta baju-baju berjenama miliknya.

Walaupun niatnya sangat baik dan suci, tetapi masih ada netizen diluar sana yang tidak senang dan mengecam perbuatannya itu.

Individu tersebut mengatakan hasil dari jualan trofinya itu tidak cukup untuk membantu orang lain dan menyuruh Syafie untuk mengaku saja bahawa dirinya juga tidak mempunyai duit untuk mem

https://www.instagram.com/p/CQ8aURYjNCP/?utm_medium=copy_link

Kata-kata tidak sopan yang dilontarkan kepadanya itu telah mengundang kemarahan netizen lain yang faham dengan niat baik dan usaha Syafie untuk membantu orang lain dengan menjual barangan kesayangannya.

Mereka juga memuji sikap sabar Syafie yang masih memberi respon dengan baik dan tidak emosi dengan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya.

Sikap prihatin terhadap kesusahan orang lain yang dimiliki oleh Syafie Naswip ini wajar dipuji dan bukan diremehkan. Ini kerana masih ramai mereka yang mampu membantu hanya mendiamkan diri dan tidak memikirkan orang yang sedang kesusahan diluar sana.

Syabas diucapkan kepada Syafie terhadap usaha yang gigihnya dan niat baik yang masih diteruskan walaupun menerima kecaman dari netizen.

Sumber: Instagram Syafie Naswip

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!