“Dia usaha kumpul duit, kita nak beli dia tak nak, nak usaha katanya” – Ajak Shiro

Pastinya kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak, apatah lagi jika tentang tanggungjawab, tentang amanah yang perlu digalas oleh setiap manusia. Anak sulung Ajak, memang sebelum ini pun sangat bertanggungjawab dan sering membuat kerja fardhu kifayah. Membuat kerja kerja aktiviti harian berupah dek kerana beliau menyimpan impian membeli telefon pintar Iphone, dwngan titik peluhnya sendiri.

Jadinya, untuk menunaikan impian anaknya, Ajak memberikan wang saku dan membayar setiap kerjanya dek kerana mahu membantu anaknya supaya tercapai impian dengan cepat.

Boleh saja Ajak yang membelinya namun anaknya yang tidak sudi, anaknya yang mahu usaha sendiri dan pandai menyimpan wang untuk membeli sesuati keinginannya. Bagus betul anak Ajak.

Anaknya sudah diajar dari kecil supaya tidak menyusahkan orangtuanya. Mah anaknya juga telah dididik dengan betul, serta menjadi anak yang bertanggungjawab.

Video yang dikongsikan sangat menarik perhatian netizen, malah, sebagai seorang ibubapa kepada anak yang mampu membeli dengan hasil titik peluhnya merasa bangga dan rasa terharu.

https://www.instagram.com/p/CfeBCZRF_3O/?igshid=YmMyMTA2M2Y

Ajak sangat menyanjungi isterinya, kerana Ajak mengetahui bahawa isterinya sentiasa ada pada saat susah dan senang, dan sentiasa berada disisinya sejak dari zaman bercinta lagi.

Pernah juga menjadikan cinta sahabat baiknya Shuib sebagai satu contoh dan idola kepada dirinya sendiri. Sehingga kini beliau sentiasa membuat isterinya gembira selalu.

Antara komen-komen netizen mendoakan anak-anak Ajak menjadi insan berguna dan soleh. Sentiasa mendoakan yang baik-baik apatah lagi cara didikan yang betul pasti membuatkan anak-anak mereka lebih berdisiplin. Inilah komen-komen netizen.

Sebelum ini Ajak seorang tenter4 laut, mungkin bakatnya seorang pelawak membuatkan beliau mahu terus melawak dan menghibur. Sehingga sekarang namanya terus dikenali.

Sumber: ig ajakshiro

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!