“Amboi Aaisyah, nampak macam dah besaq sgt ni” – Netizen

Siapa je tak kenal Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, rasanya rata-rata sudah mengenali si jelitawan ini, lebih-lebih lagi beliau adalah pelakon legend. Beliau yang dahulunya sangat popular dari segi lakonan, mahupun setelah beliau berkahwin dengan si pujaan wanita Malaya yang bernama Zain Saidin.

Rasanya rata-rata masih segar di ingatan detik-detik apabila Zain melamar Che Ta. Mana taknya, kedua-dua nya pujaan hati Malaya. Sama cantik sama padan. Seperti puteri dan puteri dari kayangan.

Sememangnya kecantikan itu boleh diwarisi dari kedua ibu bapa, hasilnya setelah Cha Ta melahirkan cahaya mata dari perkahwinan nya bersama Zain, maka muncul lah si puteri yang bernama Aisyah Dhia Rana, dengar nama pun dah tahu cantik orangnya kan.

Che Ta ada memuat naik video puterinya itu di Instagramnya, kemunculan puterinya itu menarik perhatian ramai peminat kerana kecantikannya.

Kecil-kecil dah cantik adik Aaisyah ni, siap tolong jadikan model ibu nya promosi produk terbaru. Untung Che Ta, dapat free je model, tak perlu nak bayar mahal mahal untuk ambil model luar.

Bak kata netizen, seperti Anna Jobling. Ada juga yang mengatakan seperti pelakon popular Indonesia iaitu Nia Ramdhani. Tak kisahlah seperti siapa yg penting Aisyah memang cantik dan molek aja orangnya.

Siapa sangka si kecil itu walaupun masih kecil berusia 7 tahun tetapi sudah pandai make up tau. Bukan orang make up kan Aisyah tapi Aisyah yang make up sendiri.

Menarik bukan ? Kalau tak percaya , silalah ke akaun Instagram milik Aisyah iaitu, Aaisyahdiarana , pasti anda akan terkejut dan teruja dengan kejelitaan Aaisyah.

Antara komen netizen pada video kali ini ialah  ‘Comei cantik,, dah nak jadi anak dara tu”, “Matured nya Aisyah, lawa orangnya”, “Comey noo anak dara Che Ta” dan sebagainya. Memang teruja betul ya para netizen dengan kecantikan si puteri Che Ta ni.

Dahulunya, keluarga ini viral kerana meraikan majlis persandingan malam berinai Che Ta dan Zain. Bukan main segaknya mereka sekeluarga, berbaju seperti raja sehari, merah menyala. Helok je keluarga mereka, hensem dan cantik semuanya.

Sebenarnya pada video tersebut Che Ta ingin mempromosikan produk terbarunya iaitu inaiCheTa . Tapi lain pula jadinya kerana kelihatan model cilik anaknya itu mencuri perhatian.

Agaknya makin laku lah ye jualan inai tersebut hasil promosi dari model yg comel itu, setuju tak ?

Sumber: Ig Rozitachewan1

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!